Atasi Masalah Berdengkur Dengan

Tak tidur lenalah.. Semalam kau tidur berdengkurlah!”

Pastinya anda malu apabila rakan atau pasangan anda mengadu tentang hal sebegini. Tidur berdengkur ? Apakah penyebabnya anda boleh tidur hingga berdengkur.

Ada yang mengatakan yang cara posisi tidur penyebabnya. Ada pula yang mengatakan yyang makanan yang diambil mahupun kesihatan anda . Adakah umur juga menjadi sebab jadi bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini? 

Berhenti Merokok

Ada kajian yang mengatakan mereka yang merokok berpotensi untuk lebih mudah tidur berdengkur. Ini kerana penyempitan saluran udara berlaku disebabkan iritasi selaput di hidung dan tengkuk.

Bersenam

Memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan tubuh seperti bahagian lengan, kaki, perut serta juga boleh menguatkan otot pada tengkuk

Posisi Tidur Mengiring

Jika tidur dalam posisi terlentang, lidah dan jaring lunak pada mulut semakin menuju ke dalam yang menyebabkan tersumbatnya pengaliran udara yang dihirup. Cuba ubah dengan posisi tidur mengiring untuk mengatasinya

Elak Hidung Tersumbat

Ini memang diantara penyebab yang membuatkan anda tidur berdengkur. Hidung yang tersumbat menyebabkan proses penghirupan udara akan menjadi lebih sukar.

Tiada salahnya tidur berdengkur tetapi menganggu rakan atau pasangan anda yang boleh membuatkan mood terganggu akibat tidur tidak lena. 

SGMS Enal