Categories: LIFESTYLETravelogue

4 Tips Rancang Cuti- Cuti Dengan Bijak Dan Jimat

Bila sebut pasal bercuti, percutian pastinya anda inginkan yang baik-baik sahaja atau yang indah-indah sahaja. Untuk memastikan ianya indah dan dalam masa yang sama jimat, ini di kongsikan antara tips rancang cuti-cuti yang biasa di amalkan sebelum bercuti

Rancang Cuti- Cuti  Untuk Destinasi –Dari destinasi barulah yang lain boleh di rancang. Pastinya destinasi dipilih mengikut bajet yang telah ditetapkan. Kalau nak lagi best dan menjimatkan , rajin-rajinlah google atau baca review tentang destinasi yang dipilih di blog, atau di social media.

Rancang Cuti- Cuti Bajet – Tanpa bajet bagaimana nak bercuti bukan ? Jadi setkan berapa bajet yang ingin dibelanjakan untuk destinasi pilihan dan mula menyimpan . Zaman yang serba moden ini, guna sahaja google search untuk melihat harga yang ditawarkan 

Tukaran Duit- Tukaran duit boleh di buat dari sekarang dan tidak perlu tunggu last minit. Buat sikit sikit dan kumpul sehingga diperlukan . Setkan berapa bajet yang diperlukan untuk percutian dan tambah dalam 15% untuk kecemasan.

Berapa hari – yang ini penting kerana ia perlu untuk kita set kan dalam kalendar peribadi berapa hari perlu ambil cuti . Jangan pula anda bercuti panjang pada salah lokasi seperti contoh anda bercuti di pulau penghujung tahun sedangkan musim monsun sudah bermula. Akhirnya anda bercuti dalam bilik hotel atau resort sahaja. 

Ada lagi tips yang bakal dikongsikan di lain hari 

SGMS Enal