Categories: TECHTech News

Gunakan NOMO Jika Bateri Smartphone Habis Ketika Travel Ke Singapura

Kami faham dunia makin maju dan semua orang ada powerbank dalam tangan untuk kegunaan harian atau kecemasan. Tapi, benda nak jadi kita tak tahu… Mungkin bila anda travel, terlupa bawa powerbank, macam mana? Takkan mahu pinjam orang pula kan?

Tapi, jangan risau hal itu jika anda travel ke Singapura. Anda boleh berkongsi sewa powerbank di sana! Hanya dengan NOMO, idea bernas anak muda berumur 31 tahun dari Malaysia yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Pengasas dan CEO NOMO, Foo Jiarong. Anda boleh mendapatkan servis NOMO di lebih 30 kedai yang mengambil bahagian di Singapura termasuk hotel, pusat beli-belah, restoran dan pub.

Jiarong juga mempunyai kedai aksesori mudah alih di Lucky Plaza, Orchard Road, Singapura. Di situ juga, anda boleh mendapatkan kabel, sarung telefon bimbit anda dan banyak lagi barang yang biasanya penggemar gajet gilakan…

Bagaimana NOMO berfungsi

Sangat mudah, anda boleh menggunakan servis NOMO dengan hanya mengimbas kod QR. Tetapi sebelum itu anda perlu download aplikasi NOMO dari Apple App Store atau Google Play Store terlebih dahulu… Selepas itu, anda perlu daftar akaun menggunakan aplikasi itu dan menambah kredit atau debit kad untuk tujuan pembayaran deposit ‘minimum’ untuk mengelakkan penyalahgunaan peranti.

“Pengguna boleh mula mengimbas kod QR di NOMObox. Kemudian kunci akan terbuka lalu pengguna boleh terus gunakan powerbank on-the-go!” kata Jiarong. 

Powerbank sudah dicas sehingga 70% dan pengguna turut diberikan beberapa kabel untuk disesuaikan dengan semua smartphone yang ada di pasaran. Caj yang dikenakan pula berdasarkan bayar mengikut kegunaan anda, biasanya S$1 untuk sekali guna dan anda perlu kembalikan ke NOMObox dalam masa 24 jam. Jika tidak, caj tambahan akan dikenakan.

Jika anda mendaftar sebagai ahli NOMO, banyak manfaatnya!

Bagaimanapun, jika anda mendaftar sebagai ahli NOMO, anda boleh menikmati penggunaan tanpa had untuk kegunaan pertama kali pada harga S$2. Selepas itu, setiap kegunaan anda akan dicaj S$3.90/minggu atau S$9.90/bulan. NOMO juga memperkenalkan manfaat baharu buat ahlinya. Tahun ini, ahli NOMO akan dapat menikmati nilai diskaun bila mereka menyewa dari kedai partner.

Lebih hebat, menyewa dan memulangkan semula powerbank tidak perlu di lokasi sama buat pengguna NOMO. Anda boleh menyewa NOMO di Singapura dan memulangkannya semula di Malaysia. Ini kerana, mereka makin melebarkan sayap di negara kita!

Untuk maklumat lanjut mengenai NOMO, layari www.nomo.sg. Enjoy!

Ditulis oleh SGMS Epul

 

SGMS Enal