Categories: LIFESTYLE

5 Punca Anak Jadi Nakal Kerana..

Seawal usia mereka ini, kekadang mereka ini terlalu nakal sehinggakan menimbulkan kemarahan ibu bapa. Jika kita nasihat secara berhemah pun pasti tidak jalan pun. Bagi orang dewasa, mungkin dengan kemarahan akan mereka diam tetapi mungkin juga ia penyebab mereka nakal?

Perkongsian menarik daripada Dr Taufiq Razif akan membuatkan  para ibu bapa buka mata dan faham kenapa anak-anak kecil begitu nakal sekali.

Jangan kata anak kita nakal

1. Boleh jadi anak kita anak kinesthetic yang belajar melalui pergerakan badannya

2. Boleh jadi anak kita anak yang aktif yang mana dia sedang mempersiapkan otot dan tubuhnya untuk membesar

3. Boleh jadi anak kita tu aktif untuk meluahkan emosi terpendam yang dirasakannya. Aktiviti fizikal tu lah cara paling sihat untuk dia menukarkan emosi negatif kepada emosi positif

4. Boleh jadi anak kita tu melompat ke sana ke sini, berlari dan bermain hanya untuk menenangkan diri. Itulah yang kita namakan sebagai Coping Mechanism

5. Boleh jadi juga kerana ia adalah hasil doa kita yang mahukan anak yang bijak dan cerdas otaknya.

Maka Allah datangkan pada kita anak yang aktif dan ceria kerana itulah tanda sel otak anak kita sedang aktif dan berkembang sempurna! Jadi, janganlah mengeluh jika anak kita nakal. Tetapi tegurlah secara berhemah jika perbuatannya melampau batas.

Sumber: Taufiq Razif

SGMS Enal