Categories: LIFESTYLE

5 Tanda-Tanda Kemurungan

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada seorang individu. Baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus cinta atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira.

Tanda-Tanda Kemurungan : 

1.  Terasa diri kesepian dan selalu terasa jiwa kekosongan disambut dengan kepiluan dan juga kesedihan yang berpanjangan

2.  Ada yang diantaranya kurang selera makan dan ada pula yang tidak berhenti makan 

3.  Aktiviti yang biasa di lakukan sebelum ini terhenti begitu sahaja akibat hilang minat dan seolah tiada guna untuk menyambung apa yang diminati

4. Rasa tidak tenteram dan cepat naik angin jua marah. Salah sedikit tetapi marahnya melampau. 

5.  Rasa tiada guna hidup dalam erti kata lain “lebih baik mati” (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri)

 

SGMS Enal