Categories: LIFESTYLETravelogue

5 Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Segelintir ibu bapa akan rasa sulit setiap kali ingin bercuti bersama anak kecil kerana terlalu memikirkan hal-hal yang negatif, namun tip yang bakal kami kongsi dibawah ini akan memastikan ibu bapa dan anak-anak selesa dan tidak stress sepanjang percutian.  Cuba ikuti perkongsian daripada Fatimah Naamat ini, 5 tips travel dengan anak kecil.

5 TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL untuk kalian travel dengan anak kecil. 

1. PERGI TRAVEL DENGAN KAWAN ATAU FAMILI YANG SPORTING

Ini tips paling penting sekali. Mereka ini yang akan kasi support sistem terbaik di kala kita down nak jaga anak masa travel.

Tolong angkatkan barang. Tolong jagakan anak kejap. Tolong kasi makan. Eh macam-macam la mereka akan bantu supaya kita tak susah travel dengan anak kecil.


 

 

2. PACKING BARANG EXTRA

Packing baju anak, pampers, wet tisue, stokin dll barangan anak super duper extra. Sebab anytime je anak akan tumpahkan air kat baju dia. Anytime je dia nak poo poo lima enam kali sehari.

Biar bawak lebih dari kurang. Haru biru jadinya kalau ada barang tak cukup.

3.TAHU APA NAK BUAT MASA KAPAL TERBANG LANDING ATAU TERBANG

Standby air botol kecil atau biskut atau apa-apa makanan untuk anak kunyah masa kapal terbang naik dan mendarat.

4. BAWA MAINAN ATAU BUKU COLOR

Bila travel akan ada masa senggang yang sebabkan anak bosan. Bila bosan mulalah dia akan melalak.

So standby bawak mainan kesukaan anak atau pun buku color. Supaya anak ralit dan masanya terisi.

5.STANDBY SNEK DAN AIR UNTUK ANAK

Selalunya waktu travel, timing makan mesti ke laut biru pasifik. So standby dalam beg roti, biskut atau coklat. Kasi anak makan ketika waktu dia makan.

Kita ni takpa tahan lapar dua tiga jam. Namun anak tak boleh. Sensitif perutnya. Jadi dengan standby snek dan air , dia akan sentiasa bertenaga dan ceria sepanjang masa.

SGMS Enal