Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

8 Makanan Rutin Ini Mampu Memberikan Kesan Buruk

penting untuk kita mengetahui setiap isi kandungan makanan yang diambil dalam rutin seharian.  Ini kerana, makanan memberikan kesan samada baik atau buruk kepada kesihatan tubuh.  Anda harus sentiasa memastikan kandungan yang terdapat didalam makanan tersebut tidak akan menurukan kondisi kesihatan, sekaligus mengganggu fungsi sebenar otak.
Doktor Rizal Abu Bakar berkongsi 8 makanan yang perlu dielak kerana ternyata memberi kesan negatif terhadap otak atau lebih tepat seperti dikatakan, jika dimakan secara berterusan akan meningkatkan tahap ‘kebodohan’ seseorang itu.  Berikut merupakan penjelasan penuh Doktor Rizal buat anda yang masih tidak menghiraukan keburukan sesetengah makanan yang hanya membuatkan anda menjadi lebih ‘bodoh’.

KENAPA 8 MAKANAN INI PERLU DIELAK?

8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.

PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan. PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.
Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.

SGMS Enal