Categories: LIFESTYLETrending

Aliff Syukri & Nur Shahida Tak Gentar Bersaing Dengan Artis

Pasangan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida tidak gentar untuk bersaing dengan artis atau selebriti yang menjalankan perniagaan hijab.

Mempunyai pelbagai cabang perniagaan yang diusahakan selama 15 tahun, Aliff dan Shahida turut mempunyai perniagaan tudung jenama AS Hijab.

“AS Hijab sudah tujuh tahun berada di pasaran. Kami bermula sekadar suka-suka, kini ia semakin serius.

“Berkenaan persaingan dengan rakan artis, tak dinafikan sekarang siapa cepat, siapa terkenal, dia akan ke hadapan.

“Kami percaya dengan kualiti, harga dan reka bentuk hijab yang ditawarkan. Kami ingin menegaskan yang kami tak takut dengan persaingan.

“Rezeki masing-masing dan tak perlu bandingkan pun. Boleh bertahan pun kami dah sangat bersyukur.

“Di tahap sekarang, saya bukan nak bersaing tetapi lebih kepada mahu bertahan dan mengekalkan perniagaan,” kata Aliff.

Aliff dan Shahida ditemui di pelancaran Butik AS Hijab di Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dedah Shahida pula, perniagaan hijab mereka bermula hanya sekadar suka-suka.

“Saya pula percaya, wanita suka mencuba dan akan membeli pelbagai tudung. Jadi, kami akan sediakan pelbagai corak dan jenis tudung untuk pasaran.

“Perniagaan hijab ini bermula di Instagram, sekadar suka-suka dan lama-lama, permintaan bertambah.

“Ramai tanya butik kami terletak di mana kerana ada sesetengah pelanggan lebih gemarkan pengalaman beli-belah secara fizikal.

“Alhamdulillah, kini butik di Nu Sentral telah dibuka dan kami bersyukur perjalanan untuk membangunkan cawangan jenama ini dipermudahkan,” katanya lagi.

Padin