Categories: LIFESTYLE

Cara Betul Simpan Daun Sup, Lengkuas, Serai & Cili.

Macam mana cara yang betul untuk simpan sayur-sayuran. kebiasannya bila simpan tak sampai seminggu pastinya sayur layu atau berhitam. Inilah antara masalah yang paling selalu dihadapi. Sedangkan ada yang kita belum buka daripada bungkusan, tetap juga ia menjadi layu dan lembik dalam peti sejuk

Jadi ini dikongsikan dengan anda semua cara-cara untuk menyimpan dengan lebih lama ye

DAUN SUP

Pokok daun sup perlu disimpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.

Caranya, potong 2 botol minuman. Masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk. Pokok yang disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan. 

LENGKUAS & SERAI

Simpankan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut. Tutupkan botol dengan kedap. Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan. Perlu disimpan dalam peti ais dan ia mampu bertahan berbulan lamanya!

Selain lengkuas dan serai, ramai juga yang menggunakan cara ini untuk menyimpan kunyit supaya kekal segar.

CILI API & LADA MERAH

Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan tangkai menjadi lembik, sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.

Simpankan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar. Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk mengelap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang. Salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.

Memang praktikal sangat cara simpan daun sup, serai, lengkuas, dan cili. Tak susah pun sebenarnya. Semua bahan yang diperlukan mesti ada di rumah. Bolehlah buat bila nak stokkan bahan-bahan memasak nanti.

SGMS Enal