Categories: Trending

Bekas Presiden AS George Bush Meninggal Dunia

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush disahkan meninggal dunia semalam (30 November).

Bush yang meninggal dunia pada usia 94 tahun di mana tahap kesihatannya dilaporkan terjejas selepas mengalami jangkitan radang paru-paru.

“ Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan dukacita mengumumkan bahawa selepas mengharungi 94 tahun yang luar biasa, ayah kami sudah meninggal dunia,” kata anaknya, bekas presiden George W. Bush dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Twitter oleh jurucakap keluarganya.

“ George H.W Bush ialah seorang lelaki yang mempunyai watak dikagumi selain seorang ayah terbaik kepada anak lelaki dan perempuan,” katanya. 

Bush berkhidmat sebagai Presiden AS ke-41 dari tahun 1989 hingga 1993.- AFP

SGMS Faida