Categories: LIFESTYLE

Elak Bila Puting Jatuh di Hospital, Masukkan Balik Dalam Mulut Anak

Umum tahu, menjadi peraturan hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk tujuan lawatan.  Bukan untuk menyusahkan penjaga tapi lebih kepada keselamatan dan melindungi kanak-kanak ini daripada ancaman virus yang tidak dapat dilihat mata kasar.

Namun malangnya, ramai ibu bapa yang tidak memandang serius peraturan ini dan tidak mengambil peduli nasihat yang diberikan pihak hospital.  Ini adalah kerana sistem kekebalan badan kanak-kanak adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan seorang yang sihat. Oleh yang demikian mereka sangat terdedah kepada bahaya dijangkiti tidak kira apa jua wabak.

Perkongsian daripada seorang kakitangan hospital menekankan hal yang sama khusus buat ibu bapa yang mengendahkan isu kebersihan dan keselamatan anak-anak di hospital. Buat ibu bapa, diharap dapat jadikan perkongsian ini sebagai panduan. Semoga bermanfaat.

Antara bakteria atau kuman yang tidak nampak

 

  • Pseudomonas
  • Acinetobacter
  • Klebsiella
  • E coli
  • Staph aureus
  • Streptocococus
  • Bukholderia etc

Tak syg anak2? Biarkn diorang bgolek gelantang atas kuman2 tu?..Maaf sy pkai bhs pasar. Hospital bkn tempat rekreasi tuan puan. Ni tempat berkumpulnya penyakit. SEMUA PENYAKIT adae kat sini. Snda sebagai cerdik pandai bawa anak2 utukk mencari penyakit. Then bawa balik n kongsi dengan yg lain?

Saya Sebagai staff hospital mohon anda minimakn kehadiran ke hospital bersama kanak2. Yang sakit anda lawatlah. Tapi kanak2 yang sihat biarkn mereka sihat..Penyakit disini bukan calang2..Dan kebanyakkanya sangat tinggi risiko membawa maut kepada ANAK anda!!

MA Bius Hospital Ampang

Sumber: Faisal Firdaus

SGMS Enal