Categories: Trending

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Kelmarin, negara dikejutkan dengan berita kes langgar lari yang berlaku di kawasan rumah kedai Shaftsbury Square, Cyberjaya.

Mangsa, Wan Amirah Wan Alias disahkan meninggal dunia jam 4 pagi semalam selepas menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Dalam pada itu, ibu saudara Allahyarham, Asnah Shamsuddin memaklumkan dia tidak menyangka niat Allahyarham singgah ke kedai untuk memberi roti akhirnya berakhir dengan tragedi.

“ Memang terkejut bila dapat berita itu. Tambah lagi dia jadi mangsa keadaan akibat sikap pentingkan diri serta perbuatan tidak bertanggungjawab orang lain.

“Saya harap pemandu berkenaan dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal dengan apa yang dilakukannya,” katanya.

“ Dia baru pulang dari kerja dan singgah di sebuah kedai di situ untuk membeli makanan tersebut sebelum pulang,” katanya.

Difahamkan, kes ini melibatkan seorang warga asing yang ‘naik angin’ selepas ditegur kerana meletakkan kereta di petak parkir orang kurang upaya (OKU).

Mangsa Abdul Aziz dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 4 pagi tadi dan polis sedang giat mengesan pemilik dan pemandu kereta berkenaan. 

SGMS Faida