Categories: LIFESTYLE

Elak Emosi Negatif Agar Hubungan Kekal, Ikuti Tips Ini

Emosi negatif macam marah, geram, kecewa, sedih ataupun stres jangan bawa balik rumah. Kalau boleh selesaikan di luar rumah.

Emosi adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana kesan dan akibatnya boleh mendatangkan keburukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat

Emosi negatif ni berhantu. Sekali kita dah bawa balik ia akan terus menetap kat rumah kita. Ia akan sentiasa menghantui semua ahli keluarga kita.

Antara pengkongsian yang dikongsi tips untuk mengelak dari emosi negatif berada didalam rumah agar tidak memporak perandakan hubungan didalam rumah. Tidak kira hubungan suami isteri, anak-anak mahupun ahli keluarga yang lain 

1. Tak kisah masalah serius macam mana pun, bila balik rumah kena senyum. Bila anak isteri tengok kita senyum, mereka pun akan turut senyum. Inilah hukum tarikan “Law of attraction”.

2. Kalau rasa nak marah kat dalam rumah, bawa bersabar! Cuba tenangkan diri dulu dengan minum air atau ambil wuduk. Bila dah reda baru tegur siapa yang buat anda marah tadi. Ingat, selain kita bersabar kita dapat ajar anak cara uruskan emosi dengan betul.

3. Sentiasa menghargai anak dan isteri. Beri perhatian, beri pelukan, ciuman dan selalukan cakap perkataan “sayang” dan “love u”. Tak perlu hadiah mahal – mahal pun untuk buat anak isteri rasa dihargai.

4. Selalulah buat majlis kenduri, tahlil atau doa selamat kat rumah. Sebab bila kita selalu buat bacaan ayat suci Al-Quran dan jamu orang makan ia boleh halau hantu emosi negatif tadi dan jemput aura positif ke rumah kita. Kalau tak dapat buat majlis, baca sendiri dengan anak isteri pun boleh.

5. Lepas tu selalulah gembirakan anak isteri. Tolong buat kerja rumah ke, main bersama anak ke ataupun luangkan masa tengok tv sama-sama. Lebih banyak masa di luang, maka lebih banyak memori positif yang terhasil. Nak lawan emosi negatif mestilah dengan emosi positif kan.

6. Setahun sekali ubah – ubah susunatur dalam rumah pun boleh beri kesan positif, beri kesegaran dan rasa lebih best. Itu sebablah masa raya isteri kita mesti nak tukar langsir baru, cadar baru, sarung kerusi baru dan cat baru. Sebab isteri kita memang sensetif bab – bab emosi ni.

Akhir kata, rumah kita adalah tanggungjawab kita. Sempit atau luas rumah tu tak menjamin rumah akan rasa bahagia dan ceria.

Lebih penting dari rumah adalah ahli dalam rumah tu sendiri. Rumah tanpa orang hanyalah batu dan simen. Orang di dalam rumah itu yang buatkan rumah tu bernyawa dengan kegembiraan dan keceriaan.

Sumber: Mohd Fhais

SGMS Enal