Categories: HiburanSelebriti

Muatnaik Gambar Seksi Di IG, Apa Komen Reen Rahim?

Pelakon Reen Rahim mengambil keputusan menutup komen di beberapa buah keping gambarnya di Instagram, baru-baru ini.

Reen yang terkenal dengan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda ini mengaku tiada niat berkongsi gambar di Instagram dengan tujuan mencetuskan kontroversi.

“ Atas sebab itu saya menutup ruangan komen kerana tidak mahu melayan komen tidak sepatutnya.

“ Saya  tutup ruangan komen di Instagram (IG) untuk gambar percutian baru-baru ini,” akuinya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 31 tahun itu enggan membesarkan isu kerana tidak mahu menimbulkan salah anggap di kalangan netizen.

“Lebih baik saya tutup saja ruangan komen. Jika ada yang mahu berkata perkara tidak elok, biarkanlah mereka.

“Saya muat naik gambar ini di IG untuk berkongsi dengan peminat. Bukannya untuk dijadikan bahan mengata sesetengah pihak,” katanya yang selesa menjadi diri sendiri.

Baru-baru ini, Reen memuatnaik beberapa keping gambar seksi ketika bercuti di Pulau Langkawi. -Harian Metro.

SGMS Faida