Gaji Kopek Seafood Cecah RM 6000 Sebulan?

Bayangkan hanya dengan duduk dan mengopek kulit makanan laut, korang boleh mendapat bayaran hampir RM 6000 sebulan, syok kan?

Ya, situasi ini berlaku di Shanghai di mana seorang pemilik restoran di sana yang enggan dikenali, berkata idea menggaji pekerja untuk mengopek seafood datang selepas sedar ramai pelanggan yang datang adalah penggemar permainan video di telefon pintar.

“Ada yang datang bersama rakan-rakan ke restoran ini, dan bermain permainan video beramai-ramai. Ada yang sampai tak mahu meletakkan telefon.

“Jadi saya menggaji pekerja untuk melakukan kerja itu supaya pelanggan boleh terus bermain tanpa rasa terganggu,” katanya.

Salah seorang pekerja di situ, He Nanxin yang juga seorang penuntut universiti di China menerima gaji lebih RM6,000 sebulan.

“Bunyinya mudah, tetapi kerja ini sangat menjengkelkan. Ia membuatkan tangan anda kotor dan berbau hanyir,” kata Nanxin kepada portal South Cina Morning Post.

Pelajar tahun akhir jurusan rekaan fesyen itu memaklumkan, gajinya boleh mencecah sehingga 10,000 yuan (RM6,250) sebulan, bergantung kepada waktu dia bekerja.

 

SGMS Faida