Categories: LIFESTYLETravelogue

Ini Dia Sebab Hotel Kapsul Pilihan Terbaik Untuk Power Nap Korang!

Kalau korang nak power nap yang lama untuk  penginapan percutian korang, hotel kapsul adalah pilihan terbaik. So, ni sebab kenapa korang patut pilih hotel kapsul untuk korang chill and relax!

  1. Low-budget Hotel

Kebanyakan hotel kapsul ni mempunyai ruang yang kecil tetapi selesa untuk setiap pelanggan mereka. Walaupun  sesetengah hotel kapsul ini mempunyai kemudahan yang tidak lengkap but still korang akan rasa berbaloi dan selesa dengan kemudahan yang diberikan sebab harganya memang  affordable!

  1. Lebih Privasi

Kalau korang nakkan bilik yang lebih privasi, hotel kapsul ni memang the best choice tau! Walaupun mempunyai ruang yang kecil tetapi selesa untuk korang buat aktiviti sendiri tanpa sebarang gangguan.

 

Ruangan di Hotel Kapsul Kontainer KLIA 2

 

  1. Free Drinks dan Wifi!

Risau tak ada wifi? No worries! Setiap hotel kapsul akan menyediakan perkhidmatan wifi selama 24 jam dan juga minuman percuma! Kemudahan wifi memang penting kan lagi-lagi korang yang tengah backpacker tu. Kapsul hotel juga menyediakan minuman percuma buat tetamu mereka. Yass!

 

 

    4.  Almari Dan Rak Simpanan

Hotel kapsul juga menyediakan  almari simpanan dengan kunci khusus serta rak  untuk korang letakkan barang-barang penting yang dibawa. Mudah kan? 

 

The Bed KLCC Hotel

 

So.. macam mana? Tertarik untuk menginap di hotel kapsul? Jangan lupa check promosi dan laman web hotel kapsul yang korang pilih dahulu sebelum datang ok!

Nah! Ini senarai Hotel Kapsul di Malaysia yang korang boleh pilih untuk tenangkan fikiran dan rileks!

  1. Hotel Kapsul Kontainer KLIA 2
  2. Capsule Hotel Town, KL
  3. UFO Capsule Hotel
  4. 21 Capsule Hotel Bukit Bintang
  5. Riccarton Capsule Hotel, Jalan Pahang KL
  6. The Bed, KLCC Hotel

 

Ditulis oleh: Dina Azmi

Ad Ops