Categories: FeaturedSihat

Ketahui manfaat coklat gelap yang ramai tidak tahu!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Coklat amat digemari oleh semua orang, tidak kira tua atau muda mahupun apa bangsa sekali pun dan seperti yang anda tahu, coklat diperbuat daripada koko serta mempunyai banyak khasiat. 

Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu coklat putih, coklat susu dan coklat gelap serta yang paling baik antara tiga coklat tersebut adalah coklat gelap. Ini kerana coklat gelap mengadungi anti oksidan yang tinggi yang baik untuk kesihatan anda. 

Bukan itu sahaja, coklat gelap juga bagus untuk anda yang sedang berdiet memandangkan ia mempunyai kadar koko yang sangat tinggi dan kurang kadar gula berbanding daripada dua jenis coklat yang lain. 

Antara kebaikan coklat gelap untuk anda adalah: 

  1. Baik untuk jantung

Foto: glitzmedia.co

Coklat gelap dapat membantu dalam meningkat penyaluran darah  ke otak dan jantung. Ia juga dapat menurunkan tekanan darah bagi anda yang menghadapi masalah darah tinggi  dan mencegah penggumpulan darah.

Selain itu, ia berfungsi mengurangkan kadar penyakit kardiovaskular yang berkait dengan jantung dan pembuluh darah. 

2. Melambatkan proses penuaan

Foto: cantik.tempo.co

Coklat gelap mempunyai kandungan antioksidan dan flavonoid yang tinggi. Ia dapat melindungi kulit anda daripada daripada rosak akibat pancaran sinar matahari dan dapat memperbaiki aliran darah ke kulit. 

Radikal bebas tidak dapat anda hindari. Dengan itu, coklat berfungsi untuk melawan radikal-radikal bebas yang terbentuk secara semula jadi dalam tubuh anda melalui pernafasan seperti asap rokok dan asap kenderaan. Di samping itu, ia dapat meningkatkan keanjalan kulit anda!  

3. Kebaikan kepada otak

Coklat gelap dapat meningkat fungsi otak. Ini kerana ia dapat meningkat pengaliran darah ke otak anda. Jika anda mempunyai anaemia, coklat gelap adalah makanan yang anda perlukan kerana ia dapat meningkat fungsi kognitif. 

Selain itu, tahap perhatian anda terhadap sesuatu akan meningkat. Bukan itu sahaja, anda akan lebih cepat berfikir dan memori anda akan lebih kuat. 

4. Kebaikan kepada perut

Foto: hellosehat.com

Memakan coklat gelap boleh merawat masalah sembelit. Ini kerana ia dapat membantu melegakan otot-otot di saluran pencernaan dengan kandungan magnesium. 

Selain itu, jika anda sedang diet, coklat gelap bagus untuk anda. Ini kerana ia akan mengurangkan rasa lapar dan menjadikan kita terasa kenyang dengan cepat.  

tex_admin