Mungkin ramai diantara kita sudah biasa didedahkan dengan sihir, santau dan sebagainya, namun pernahkah anda mengetahui apakah itu penyakit ‘Ain?
Penyakit ‘Ain atau pandangan mata adalah pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan disertai dengan rasa dengki, sehingga mengakibatkan bahaya terhadap yang dipandangnya. ‘Ain juga dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, bahkan boleh terjadi dari orang yang soleh.
Penyakit ‘ain itu benar-benar ada dan bukan khurafat yang dikaitkan dengan pujian. Sebagaimana anggapan sebahagian besar masyarakat Melayu bahawa pujian kepada seorang anak akan menyebabkab sakit.
Ini bermakna, bukan pujian yang menyebabkan kesan buruk bagi anak tersebut, tapi ia bermula daripada pandangan mata sang pemuji. Adakah pujian itu benar-benar kerana mengagumi atau pun ada rasa iri hati?
Perkongsian daripada Emira Sabriena melalui laman Twitter miliknya menjelaskan pengertian ‘Ain dalam situasi masyarakat kita di Malaysia.
Sumber: Facebook Emira Sabriena
Isteri penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen mempertikaikan…
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!