Categories: LIFESTYLETravelogue

Jika Pasport Anda Hilang Atau Dicuri Semasa Bercuti

Hilang passport dinegara sendiri takpe lagi, kalau hilang di negara orang? Runsing hidup 4 hari 4 malam

Apa yang harus anda lakukan jika kehilangan passport diluar negara?
Menerusi pemilik Facebook Link Gud, lelaki ini menceritakan detik cemas passportnya dicuri ketika berada di Amsterdam dan berkongsi panduan untuk meneruskan percutian dengan passport sementara.
Langkah 1 – Segera laporkan kecurian atau kehilangan passport anda di balai polis berdekatan
Bertindak sepantas kilat dengan melaporkan kehilangan passport kepada pihak polis.  Ceritakan kronologi kejadian dengan tenang kerana pihak polis perlu mendapatkan ‘detail’ penuh untuk permohonan passport sementara anda.  Jangan lupa dapatkan salinan laporan polis untuk tujuan simpanan anda.
Langkah 2 – Terus pergi kedutaan Malaysia berhampiran
Untuk langkah ini, sebaiknya anda simpan dan buat sedikit kajian alamat-alamat kedutaan tempat anda bercuti.  Rujuk link Kementerian Luar Negeri Malaysia http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
Daripada link tersebut anda akan dapat maklumat lengkap seperti alamat kedutaan, nombor telefon dan waktu operasi.
Langkah 3 – Mohon Passport Sementara
Melalui perkongsian lelaki ini, proses untuk menyiapkan passport sementaranya kurang daripada 2 jam dan dia juga dibenarkan untuk meneruskan percutiannya seperti biasa.
‘Sediakan payung sebelum hujan’, jangan ambil remeh hal seperti ini.  Kalau di Malaysia bolehlah, tapi dinegara orang berhati-hati.  Kalau boleh, ‘scan’ passport, kad pengenalan dan dokumen lain sebelum ke luar negara dan emailkan ke diri sendiri.
Sudah sedia maklum, persiapkan percutian anda dengan lebih baik. Jangan sibukkan itinerari tapi benda penting lain seperti kejadian tak terjangka ini dipandang mudah.
SGMS Enal