Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Khasiat Buah Ciku

Tidak pernah tahu yang buah secomel ini rupanya banyak juga khasiatnya. Ciku buah berwarna coklat ada biji berwarna hitam ditengahnya. Manis rasa buahnya, lagi bagus jika buah itu bukan yang lembik

Khasiat Buah Ciku

Mempunyai antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria dan antiparasit. Ciku jua sesuai untuk buasir dan cirit-birit.

Mempunyai Vitamin C sebanyak 24.5 peratus per 100 gram selain dari mengandungi Vitamin A . Keduanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas

Serat yang ada didalam buah ciku dapat membantu dan menjadi ubat yang baik untuk sembelit. Selain itu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser

Jika buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga , asid folat dan niasin. Sebatian ini membantu dalam proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh

Sumber: Bernama Radio 24

SGMS Enal