Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Enal October 31, 2018 @ 6:02pm

Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan, Bukan Untuk Masakan Sahaja

Kunyit (turmeric), juga dikenali sebagai curcuma longa, adalah satu jenis herba yang sangat dikenali.

Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.

Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium

Mencegah Kanser

Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, berhentikanperkembagan kanser prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan membunuh sel kanser.

Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini yang boleh melawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapatnya.

Mengawal Berat Badan

Serbuk kunyit boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.

Menyembuhkan Luka

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.

Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.

  • Kunyit boleh melambatkan proses pembekuan darah.
  • Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil kapsul kunyit, bagi menggunakan serbuk dalam masakan, tiada masalah.

anda juga boleh dapatkan kunyit dengan mudah dan murah di kedai-kedai runcit dan pasar raya berdekatan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Aug 2024

Enggan Berpisah, Teman Lelaki Nekad Sebar Video L*cah Anak Vokalis Popular

Alahaiiiii, ni lah yang orang cakap-cakap kat X tu?👀💥

Featured Thu, 16 Jan 2025
Featured Thu, 22 Sep 2022

DDNK Pergi ‘Honeymoon’, Netizen Puji ‘Manjanya Isteri’.. Tapi Ada Juga Yang Meluat!

Alahai netizen pun…. ramai bethol yang kata “tak kaya takpe, janji manjah…” 😂😂😂

Featured Wed, 29 Jun 2022
Featured Fri, 13 Jun 2025

Serah Jodoh Pada Anak-Anak, Azhar Sulaiman Tak Kisah Jika Leona Hidup Bermadu – “Saya Tak Nak Orang Kaya, Cuma Nak Yang Boleh Jaga Mereka”

Azhar berkata, dia tidak kisah dengan pilihan anak-anaknya, malah terbuka sekiranya Kasih Iris Leona ditakdirkan hidup  bermadu.

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu!

Featured Tue, 11 Apr 2023

Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Congratulations! Kena cepat-cepat amik lesen baru boleh drive okay

error: Content is protected !!