Categories: LIFESTYLE

Lahir Anak Di Angkasa Lepas?

Pakar tidak tolak kemungkinan bayi pertama bakal dilahirkan di ruang angkasa lepas dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Dr Egbert Edelbroek yang merupakan pengasas dan Ketua Eksekutif Spaceborn United berkata mereka sedang merancang satu misi utama di mana wanita yang hamil boleh melahirkan di orbit.

Namun, perlaksanaannya bukan dalam tempoh yang terdekat ini. Menurut pakar, ia kemungkinan akan berlaku pada tahun 2031 nanti.

SpaceBorn United adalah permulaan mengkaji kondisi untuk tumbesaran manusia di angkasa dan fokus mereka kepada teknologi yang menjadi pembantu kepada pembiakan benih manusia.

Orbit bumi lebih rendah dengan pusat orbit dengan ketinggian hanya 2,000 kilometer atau kurang.

Kongres ini mendapat perhatian daripada kaum wanita dan mempunyai syarat tertentu untuk mereka termasuk wanita hamil dan para medik.

“Anda boleh melahirkan bayi seperti yang mereka lakukan di klinik IVF setiap hari,” kata Dr Egbert.

Perancangan semestinya mempunyai isu, ukar untuk merancang proses semulajadi seperti ini jika mengalami kesukaran dan masalah teknikal seperti keadaan cuaca serta terlewat untuk lancarkan.

“Kita tidak boleh bekerja dengan hanya seorang wanita hamil. Kemungkinan akan mempunyai 30 peserta dan mereka boleh melangkah keluar pada bila-bila masa.

Pakar percaya, kelahiran daripada angkasa lepas mempunyai tahap risiko yang lebih rendah daripada gaya kelahiran di bumi.

Sumber: Dailymail

SGMS Enal