Aslan..Pilihan Nama Bayi Kaka & Adam

Hari ini, Adam Azriff iaitu suami kepada penyanyi Kaka Azraff telah mendedahkan nama pilihan bagi cahaya mata sulung mereka melalui perkongsian instagram miliknya. 

Menitipkan doa-doa buat anaknya tersayang, Azriff kemudian memperkenalkan kepada semua pembaca..”Everybody, meet my legacy, Aslan bin Adam,” tulis Azriff. 

Sedar atau tidak, mungkin tidak semua yang mengetahui ‘Aslan’ adalah nama salah satu watak dalam ‘The Chronicles of Narnia’ hasil karya C.J Lewis, iaitu seekor singa.

 

Aslan bin Adam yang baru berusia 4 hari ini, lahir pada Jumaat, 11 Oktober lalu pada jam 2.14 petang di salah satu pusat perubatan terkemuka di ibu kota.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa binti Noor Azraff telah mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Del14