Categories: EventsFESYENLIFESTYLE

Letops! Selepas Indomie Goreng, Giliran Asics Pula Keluarkan Sneakers Yang Berinspirasikan Nasi Lemak!

Terdahulu, viral mengenai sneakers keluaran Nike yang diinspirasikan oleh Indomie Goreng bukan?  Kini giliran Asics pula untuk mengetengahkan  makanan favourite rakyat  Malaysia iaitu nasi lemak!

Kolaborasi pengeluar kasut terkenal Jepun, ASICS dengan pengeluar sneakers Malaysia Hundred% tampil dengan idea baru yang mengeksplorasi Nasi Lemak dalam bentuk sneakers yang diberi nama ‘GEL-Kayono 5-OG Nasi Lemak’. Memang OG betul lah!

Gabungan pelbagai warna pada kasut Asics ini  melambangkan elemen yang terdapat pada nasi lemak. Warna putih misalnya melambangkan nasi manakala kuning untuk telur, hijau melambangkan timun dan daun pisang, merah mewakili sambal manakala warna coklat untuk kacang dan ikan bilis. Pergh!

 

 

Koleksi terhad Asics  ini akan dikeluarkan sebanyak 500 pasang kasut sahaja yang akan dijual dengan harga RM599.

Korang boleh dapatkan koleksi terhad ini  secara eksklusif di acara sneakers terbesar Malaysia, SneakerLAH yang bakal diadakan di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur pada  5 Oktober hingga 6 Oktober nanti.

Bagaimanapun, difahamkan GEL-Kayono 5-OG Nasi Lemak  ini tidak akan dijual secara online dan mana-mana kedai Asics. Tetapi, korang boleh dapatkan secara ekslusif hanya di SneakerLAH okay! So, buat korang yang idamkan koleksi nasi lemak ni,  datanglah ke MidValley untuk grab cepat ok.

 

Ditulis Oleh: Dina Azmi

Salma Syahbuddin