Featured By: Arfah October 12, 2021 @ 7:03pm

Nak Bercuti Rentas Negeri Tapi Masih Ragu-Ragu? Jangan Risau, Ikuti 5 Saranan Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu kebenaran untuk merentas negeri yang telah berkuatkuasa bermula Isnin, 11 Oktober 2021.

Ramai yang sudah merancang untuk bercuti untuk melepaskan gian yang lama terbuku di hati, tetapi ada juga yang risau nak bercuti di zaman pandemik ini.

Selain perkara wajib seperti mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami senaraikan lima tip memilih tempat percutian yang boleh dikunjungi sempena kebenaran merentas negeri semasa Covid-19.

#1 Memilih untuk bercuti pada hari biasa

Kita sedia maklum bahawa hari minggu Sabtu dan Ahad merupakan hari dimana ramai memilih untuk bercuti. Jadi jika anda ingin menikmati percutian yang aman dan damai, hari diantara Isnin dan Jumaat adalah hari yang sesuai untuk pergi melancong.

Ia bukan sahaja dapat melindungi diri anda daripada berkumpul dengan ramai orang, tetapi anda juga dapat menikmati suasana percutian yang best!

#2 Tempat menarik yang kurang dikunjungi ramai

Pilih destinasi yang kurang dikunjungi atau tempat yang tidak menjadi tumpuan pelancong sebagai tempat untuk anda kunjungi.

Buat sedikit kajian di laman internet dan pastikan anda dapat bercuti dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

#3 Pilih tempat penginapan yang selesa mengikut kemampuan

Keselesaan juga penting tau! Sebelum pergi bercuti, ada baiknya untuk anda melakukan sedikit carian maklumat tentang tempat yang ingin dituju dan adakah ia sesuai dengan bajet anda.

Anda harus pastikan tempat penginapan itu selesa mengikut kapasiti keluarga dan dekat dengan tempat makan dan tempat untuk melakukan aktiviti. Sekarang ini banyak hotel dan tempat penginapan membuat promosi di media sosial.

#4 Melakukan tempahan awal

Bagi anda yang teringin terbang ke negeri lain atau ingin menginap di hotel atau rumah penginapan, anda digalakkan untuk melakukan tempahan dengan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan di atas talian dan kehabisan tempat penginapan.

Maklumlah sekarang ramai yang mahu pergi bercuti, takut kehabisan tempat untuk merehatkan diri.

#5 Memeriksa cuaca di tempat percutian

Malaysia merupakan negara yang beriklim panas sepanjang tahun akan tetapi pada bulan November sehingga Mac, negeri di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan akan menghadapi musim hujan berpanjangan.

Jadi, dalam waktu sebegini aktiviti di pantai adalah tidak sesuai. Rancanglah waktu percutian dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Cuti-cuti juga, jangan lupa untuk sentiasa melakukan sanitasi dan memakai pelitup muka ketika keluar melancong dan pastikan anda memilih waktu yang tidak sesak untuk mengelakkan penyebaran virus.

Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023
Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?

familuv Mon, 18 Mar 2019
Fab Foodies! Wed, 17 Jan 2018

HAVE YOU TRIED THESE VIRAL RAINBOW GRILLED CHEESE TOAST?!

See if there’s pot of gold at the end of that rainbow cheese strings too! *winks*

LIFESTYLE Mon, 25 Mar 2019

Escape the Haze in Malaysia at These 6 Locations with Best Air Quality

The haze is unfortunately back, but we can always make it as an excuse to travel.

Featured Thu, 18 Jul 2024

Ibu Aliff Aziz Dedah Tidak Dapat Berjumpa & Bercakap Dengan Cucu -“We Will Not Stop Trying To See You”

Kita doa yang baik-baik moga hubungan keluarga ini dalam keadaan baik-baik sahaja👍

Featured Thu, 8 Dec 2022

“Our Trio Is Back!” – Netizen Sebak Persahabatan Rozyana Roslan, Sally & Mia Azhar Kembali Bertaut

Bagi pengguna TikTok, sudah pasti mereka mengenali tiga pempengaruh yang merupakan sahabat baik iaitu Rozyana Roslan, Sally dan Mia Azhar. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit krisis yang terjadi antara tiga sahabat baik itu apabila Sally dan Mia […]

Fab Foodies! Wed, 28 Feb 2018

Stress Di Pejabat? Cuba kunyah ini!

Berdepan dengan deadline, overload kerja dan target tak sampai, pasti tertekan dibuatnya! Apa kata sambil menghabiskan kerja korang, boleh cuba dapatkan makanan seperti di bawah untuk membantu kurangkan sikit tekanan di pejabat.