familuv By: Ad Ops March 18, 2019 @ 6:00pm

Muka ‘ketat’ teman isteri berbelanja, suami perlu tahu cara ambil hati si isteri

Ibarat isi dengan kuku, bagai irama dan lagu, bagai dakwat dengan kertas. Itu antara ungkapan atau pepatah yang sesuai apabila menyentuh mengenai wanita dan berbelanja.

Aktiviti yang menjadi terapi stres bagi ramai wanita itu bagaimanapun menjadi perkara yang digeruni atau ‘ketakutan’ terutamanya buat sang suami yang perlu menemani isteri membeli-belah.

Foto: Daily Mail

Maklumlah, wanita kalau membeli, memang lupa dunia. Dari premis pusat beli-belah buka sehingga tutup pun mereka sanggup berbelanja selagi belum dapat apa yang diingini.

Bukat setakat itu sahaja, risau poket nipis juga menjadi antara sebab lelaki malas atau mengelak untuk menemani wanita berbelanja.

Alahai suami, kalau dulu masa bercinta boleh saja keluar menemani buah hati, jadi selepas berumah tangga apa salahnya sekali sekala teman isteri berbelanja. Di sini Hijab & Heels kongsikan panduan berguna buat golongan suami andai anda perlu menemani isteri berbelanja. Isteri gembira, anda pun tak stres.

1. Paling utama adalah niat. Jika niat anda ikhlas untuk menggembirakan hati isteri, nescaya anda tidak akan bosan apabila menemani isteri anda.

2. Lakukan perancangan; Ketika dalam perjalanan ke pusat beli-belah, bincang dengan isteri anda apa yang dia mahu beli. Sekurang-kurangnya isteri tahu anda turut teruja menemaninya berbelanja dan paling penting, dapat mengurangkan masa ketika berada di mall. Jadi, tidaklah anda dilanda stres dan lenguh kaki untuk pusing satu mall.

3. Ketika di kedai, bagi sokongan kepada isteri anda. Maksud sokongan di sini ialah anda janganlah hanya tercegat di luar pintu kedai atau duduk di atas sofa sambal membelek telefon bimbit sahaja. Tunjukkan aksi seperti anda juga sibuk mencari barang yang isteri mahu. Sekurang-kurangnya lagi cepat proses untuk isteri anda memilih barang yang dia ingini.

4. Kalau isteri anda tanya, “Cantik tak, abang? Sesuai ke? Warna apa yang lawa?” Jangan jawab “okay” atau angguk kepala sahaja kerana kebiasaannya isteri tidak akan berpuas hati dengan jawapan tersebut. Berilah pandangan atau jawapan yang jujur, percayalah dia mungkin tidak akan bertanya lagi.

5. Kalau isteri anda minta pandangan mengenai barang yang mahu dibeli, jangan terus membelek tanda harga. Perkara itu pasti akan mengecewakannya. Sekurang-kurangnya, komen mengenai warna, material atau perkara lain terlebih dahulu sebelum menyentuh mengenai harga.

6. Awas! Jangan sesekali bermain mata dengan jurujual wanita di kedai yang anda masuk. Walaupun Nampak seperti dia kusyuk membelek barang, namun jangan ingat isteri anda tidak nampak apa yang dilakukan. Itulah namanya naluri isteri!

7. Jika isteri mahu pergi ke bilik mencuba pakaian, pastikan anda teman ya! Sekarang ini bermacam perkara boleh berlaku seperti ada kamera tanpa wayar diletakkan secara tersembunyi atau ada individu sakit mental mengekori isteri anda. Jadi, temanlah isteri bagi menjamin keselamatan mereka.

Tidak susah bukan? Apa salahnya buat sesuatu untuk menggembirakan isteri anda. Suami isteri gembira, insyaAllah rumah tangga pun bahagia.

Sumber: Pengantin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Nov 2018

Boleh Licinkan Kulit Wajah, Ramai Yang Tak Tahu Apa Itu ‘Acne Diet’

Pemakanan anda sangat berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat pada wajah.

familuv Tue, 12 Feb 2019
Featured Tue, 16 Aug 2022

Sepupu OKU Hilang Sejak 13 Ogos, Mizz Nina Mohon Doa & Bantuan Ramai

Allahuakbar 😭 Min harap urusan pencarian sepupu Mizz Nina akan dipermudahkan. Jom sama sama kita doa gais 🥹🥹

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018
Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

Featured Fri, 12 Nov 2021

Kadar Kebolehjangkitan Makin Meningkat, KKM Bimbang Jika…

Jangan tunggu pisang berbuah dua kali baru nak jaga SOP

familuv Tue, 22 May 2018

Berhasrat Memiliki Zuriat? Amalkan 12 Tip Ini Dalam Merancang Keluarga Secara Semula Jadi

Bagi mereka yang masih belum dikurniakan zuriat, mungkin ada beberapa ikhtiar yang dapat membantu kalian membina sebuah keluarga yang diidamkan.

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Sun, 23 Oct 2022