Featured By: Atiqah Johari October 1, 2022 @ 7:07pm

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan kini dirawat di Hospital Shah Alam sejak semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Hisham dikejarkan ke hospital malam semalam selepas paras oksigen semakin menurun.

“Semalam, tahap oksigen abah menurun hingga 50 peratus. Doktor maklumkan keadaannya kritikal dan dia ditidurkan Subuh pagi hari ini.

“Berdasarkan makluman doktor, paru-paru abah serta beberapa organ dalaman lain jula mula rosak akibat jangkitan kuman itu,” jelas anaknya kepada Harian Metro.

Menurut anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, memaklumkan bahawa bapanya alami batuk pada Isnin dan tidak sangka kesihatannya menjadi semakin teruk kerana pelakon itu tidak mempunyai masalah kesihatan.

“Abah tak ada masalah kesihatan sebelum ini terutamanya berkaitan paru-paru kerana dia bukanlah perokok. Memang dia seorang yang sihat.

“Isnin lalu, dia mula batuk dan kami sekeluarga ingatkan ia batuk biasa. Hari ketiga, dia mula batuk dan keluarkan kahak yang banyak.

“Setakat itu, dia hanya makan ubat batuk dan tak pergi ke klinik lagi. Kelmarin, dia mula rebah dan seperti pitam, tapi masih lagi sedar.

“Semalam, sepupu saya datang ke rumah dan memeriksa tahap oksigen abah. Rupanya, tahap oksigen abah terlalu rendah dan kami pun hubungi ambulan,” jelasnya.

Malah, jelas anaknya lagi, Hisham tidak pernah dijangkiti Covid-19 dan sudah lengkap ambil suntikan vaksin dan dos penggalak.

Hisham juga dikatakan seorang yang bertenaga apabila dibawa berjalan-jalan dan keadaannya sekarang ini amat mengejutkan ahli keluarga.

“Kalau kami bawa dia berjalan-jalan pun, dia memang bertenaga dan tak pernah sakit kaki atau apa. Memang dia sihat. Jadi, bila berlakunya perkara ini, ia memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Namun, kami reda dengan ketentuan ini,” ujarnya.

Untuk makluman, Hisham merupakan seorang pelakon yang aktif dalam industri filem dan drama tanah air sekitar 80-an, kini dia banyak meluangkan masa bersama keluarga.

Hisham juga pernah membintangi filem dan drama seperti Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Black Maria, Tanah Kubur, Tok Ayah dan banyak lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Jari Manis Disarung Cincin, Raja Ilya Dilamar Ahli Perniagaan

Berita baik itu dikongsi Raja Ilya menerusi gambar jari manisnya disarung cincin apabila dilamar kekasih.

Featured Wed, 22 Sep 2021
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

李幸倪相隔一个月再返马!北中南各办《浮世绘》签唱会

李幸倪相隔一个月再度返马!9月13日起一连五天,北中南各办一场《浮世绘》 签唱会。

Trending Fri, 15 Nov 2019

24 Maut Akibat Dipanah Petir Di Selatan Pakistan

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh selatan Pakistan dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat. Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di  beberapa

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Putus Cinta, Dina Nadzir Mengakui Pernah Murung?

Semoga tahun 2020 ini, Dina akan berjumpa dengan pasangan hidup!

Trending Sat, 21 Apr 2018

Ada Cacing Mati Dalam Tin Sardin, Produk Jenama Terkenal Ditarik Balik!

Produk sardin jenama TLC dan TL Tan Lung ditarik balik.

| Live TV