Trending By: SGMS Enal July 1, 2019 @ 8:11pm

Penumpang Feri Dikhuatiri Lemas Sebab Terjatuh?

 Seorang penumpang feri dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth menghala ke Pangkalan Raja Tun Uda, George Town, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata pihaknya menerima aduan terdapat seorang penumpang yang berada di atas Feri Pulau Pinang dipercayai telah terjatuh kira-kira jam 6.15 petang.

“Seorang penumpang lelaki telah melihat mangsa terjatuh namun tidak dapat dipastikan jantina serta identiti penumpang tersebut dan ketika itu jarak feri berkenaan  lebih kurang 10 minit dari arah Butterworth,” katanya di sini malam ini.

Katanya, pemeriksaan oleh petugas feri di bahagian bawah dek feri telah mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda City ditinggalkan tanpa pemandu atau penumpang dan kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang wanita, Lye Ah Yin, 73, beralamat di Permatang Pauh.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh polis marin, bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijalankan hingga jam 8 malam ini sebelum dihentikan berikutan cuaca gelap dan akan bersambung semula jam 8 pagi esok.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Jul 2024
Trending Wed, 27 Jan 2021

“Orang Kata Saya Angkuh…”- Dr Noor Hisham Abdullah

Jangan main serkap jarang je gaisss…

Trending Sun, 25 Nov 2018
Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Trending Thu, 12 Apr 2018

Pemurahnya TMJ, Patutlah Rakyat Johor Sayang

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan sejumlah wang beranggaran RM1 juta untuk membayarkan harga barang-barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di pusat beli-belah AEON Tebrau City.

Featured Fri, 7 Apr 2023
Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

Featured Mon, 9 Jul 2018
Featured Wed, 13 Apr 2022