Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Omega-3 Dalam Salmon Mengurang Risiko Alzheimer

Salmon kaya dengan omega-3 EPA dan DHA yang dapat melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kanser, mempercepatkan proses menyembuhkan keradangan dan menghalang arteri daripada tersumbat. Organisasi kesihatan mengesyorkan golongan dewasa untuk mengambil 250-500mg EPA dan DHA sehari bagi memenuhi keperluan omega-3 dalam tubuh anda.

Tubuh kita memerlukan pemakanan seimbang dari segi protein, karbohidrat dan lemak yang akan diproses menjadi tenaga, sekiranya salah satu daripadanya diambil secara berlebihan ia akan menyebabkan risiko obesiti. Terutama semasa mengamalkan diet, pengambilan protein yang betul dapat menurunkan berat badan anda secara konsisten. Kandungan protein juga mengekalkan kesihatan tulang dan jisim otot serta melambatkan proses penuaan.

Selain itu, salmon juga mengandungi vitamin B yang berfungsi memastikan kesihatan sistem saraf, mencipta dan membaiki DNA, mengekalkan fungsi otak serta dapat melindungi anda daripada risiko penyakit Alzheimer. Pemakanan yang sihat dapat meningkatkan kecerdasan otak dan daya ingatan walaupun telah berusia

Ikan ini sesuai dimakan oleh semua peringkat umur serta mengandungi lemak yang sihat yang diperlukan oleh tubuh. Pengambilan salmon dalam pemakanan harian, menjadikan anda lebih cepat kenyang selain dapat membantu mengekalkan kecergasan badan.

Sumber: draxe, healthlinestylecraze

SGMS Enal