Opps! Dulu Lain Sekarang Lain, Kami Senaraikan Lima Tanda Suami Sedang Curang

Depan isteri amboi pijak semut tak mati…belakan isteri? Bukan main eh. Bila si suami dah menunjukkan tanda ‘Dulu Lain, Sekarang Lain’, maka berjaga-jagalah ya kaum isteri. Untuk si suami pula, jangan pula ambil kesempatan pula. Awas! dah kahwin, buat cara dah kahwin ok?

Kami senaraikan beberapa tanda bahawa suami anda sedang curang di belakang. (Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman rakan sekeliling).   

  • Tidur Lambat

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda akan tidur dulu sebelum pasangan? Suami seolah-olah terlalu sibuk hingga asyik tidur lambat setiap malam. Sebenarnya, itu mungkin tanda dia ada sesuatu yang “disorokkan” dari anda. Mungkin dia tengah bekerja, tapi lebih baik anda pastikan dia betul-betul bekerja. Bukannya sibuk chatting di Facebook!

  • Tiba-tiba pentingkan penampilan diri

Kalau dulu tak kisah keluar ke pasaraya walaupun selekeh…tiba-tiba saja si suami mementingkan penampilan dirinya. Contoh mungkin seperti dia asyik membeli baju baru, perfume baru atau berusaha nak menguruskan badan? Mungkin suami anda benar-benar mahu menjaga kesihatan. Tapi kadang-kadang, ia petanda yang mereka cuba untuk mengorat wanita lain.

  • Terlalu berahsia password telefon

‘Awak jangan sentuh phone saya, saya nak ke toilet kejap’. Ladies, seandainya ayat ini yang keluar daripada mulut si suami, mungkin anda boleh start periksa. Tapi bukan depan dia ok?

  • Tak mahu kongsi rahsia

Kalau dulu, sampai saja rumah pasti ada saja yang dia nak ceritakan. Tetapi sekarang lain pula. Duduk saja di sofa, telefon tak berenggang daripada tangan. Hurm, sudahlah dia tak mahu bersembang, bila bergaduh, dia tak berusaha untuk menyelesaikan masalah pun.

  • Sorok resit belanja

Sebagai pasangan suami isteri, kalau boleh janganlah terlalu banyak berahsia. Termasuklah apa jua barang yang kalian beli. Apa salahnya kan beritahu isteri anda. Bila resit-resit pun disimpan kemas dalam peti simpanan, jangan salahkan isteri pula bila mereka meradang. Lebih-lebih lagi bila si suami ada memohon kad kredit tanpa pengetahuan isteri, jaga-jaga.

SGMS Faida