Categories: Gaya Hidup

Bila Potong Bawang, Air Mata Anda Selalu Mengalir? Ikuti Tip-Tip Pencegahan Ini

Walaupun anda dah lama mula belajar masak, anda masih tak boleh lari daripada keadaan di mana mata anda berair ketika memotong bawang.

Kenapa ini terjadi? Apabila anda memotong sayur ini, ia akan mengeluarkan gas “Propanethiol S-oxide“. Bila ia bercampur dengan beberapa enzim di dalam bawang tersebut, gas sulfur pula akan terhasil.

Gabungan gas ini, bila terdedah kepada mata anda, akan menghasilkan asid yang akhirnya memedihkan mata.

Jadi kalau nak potong bawang tanpa melibatkan air mata, anda perlu elakkan daripada gas-gas ini terdedah kepada mata anda. Kalau boleh hapuskan terus gas-gas tersebut.

Di bawah ini ada beberapa cara efektif yang boleh membantu anda potong bawang dengan jayanya:

1. Pakai sepasang goggles (kaca mata yang dipakai ketika berenang)

2. Bekukan bawang di dalam freezer 15 minit sebelum memotongnya.

3. Kupas dan rendam bawang di dalam air selama 15 minit. Ataupun celup kepingan besar bawang di dalam air sekali sekala sebelum potong.

4. Potong bawang di bawah air yang mengalir.

Cubalah!

Tip!

Seelok-eloknya gunakan pisau yang tajam, supaya anda boleh siapkan kerja memotong dengan cepat dan supaya anda takkan terdedah lama kepada gas bawang.

Kalau mata anda mula berair ketika anda sedang memotong bawang, jangan gosok dengan tangan! Jus-jus bawang masih terlekat pada tangan anda, kan? 

Sebelum masak, sediakan bahan-bahan lain dulu dan potong bawang last. Ini adalah supaya ada tak terperangkap dalam ruang yang terdedah kepada gas bawang.

Sumber: Lifehacker

 

Ad Ops