Categories: LIFESTYLE

Peminat Marvel Jangan Lupa Dapatkan Koleksi Setem Adiwira Marvel Mulai 4 Julai 2019

Anda peminat adiwira ? Ataupun anda peminat Marvel? Jika anda minat kedua-duanya sekali ini ada berita baik untuk anda!!

Pos Malaysia telah melancarkan siri setem Adiwira Marvel dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia. Koleksi siri setem terulung ini boleh didapati mulai 4 Julai 2019 di semua 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara atau melalui kaedah dalam talian Pos Malaysia di www.eziemall.com.

Set setem edisi terhad Adiwira Marvel ini memberi penghormatan kepada buku-buku komik marvel dan disamping sambutan Ulang Tahun ke -80 Marvel yang berlangsung sepanjang tahun ini.

Siri setem koleksi Adiwira Marvel kegemaran ramai yang ada seperti Captain America, Iron Man , Thor, Hulk, Spider-Man, Doctor Strange, Black Widow dan Black Panther.

Kenapa perlu dimiliki kerana ia didatangkan dalam reka bentuk yang berkonsepkan buku komik yang unik dan menarik.

Set folder Adiwira Marvel ini terdiri daripada dua lembaran setem bertebuk, satu setem tanpa tebukan , dua keping sampul cenderamata, dua keping poskad dan sekeping folder. 

Jadi jangan lepaskan peluang kerana 10,000 keluaran sahaja ye

credit : kitepunye.com

SGMS Enal