Categories: LIFESTYLE

Penyakit Beguk Boleh Berjangkit Ke?

Apakah penyakit beguk? Bolehke penyakit ini berjangkit? Bahaya ke tidak? Ini mungkin antara persoalan-persoalan yang bermain di minda apabila mendengar perkataan beguk ini.

Mungkin dahulu zaman kanak-kanak, kita pernah melihat selalunya pada bahagian leher rakan-rakan diletak nila bewarna biru untuk merawat penyakit beguk ini.

baca perkongsian yang dibuat oleh seorang jururawat yang dikenali sebagai Bel Nawhen di bawah untuk ketahui apa sebenarnya penyakit beguk ini.

BEGUK. Dia merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus RNA Paramyxovirus.

Bengkak di kawasan bawah dagu adalah disebabkan oleh pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.

Beguk ni mudah berjangkit dan virusnya akan merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Beguk adalah penyakit yang sering berlaku pada kanak-kanak berusia antara 5 hingga 14 tahun sebelum era vaksinasi.

Sebelum vaksin diperkenalkan pada 1967, beguk adalah penyakit yang biasa dihadapi. Di Amerika Syarikat contoh­nya, pernah mencatatkan lebih 200,000 kes beguk dalam setahun.

Tanda jangkitan Beguk bermula pada 12-25hari selepas terjangkit dengan tanda;

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering
  • Hilang selera makan
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Pembengkakan dan sakit pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid. Ia boleh bertambah beng­kak jika berlaku aktiviti mengunyah, menelan dan bercakap.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar air liur) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Beguk merupakan jangkitan virus dan TIDAK ada antibiotik yang boleh merawatnya.

Menyapu nila bersama bancuhan cuka, atau garam atau gula untuk menyembuhkan beguk adalah #mitos. Ia hanya satu kaedah untuk melegakan rasa sakit dengan memberikan efek sejuk.

Rujukan : Portal MyHealth

Notakaki:
Sebab tu vaksin diberi sebagai langkah pencegahan. Sakit ni kalau dia nak muncul, bukan dia beritahu.

#BelNawhen
#SayaJururawat

Sumber : Bel Nawhen

SGMS Enal