Categories: LIFESTYLE

Perkara Kita Selalu Buat Setiap Kali Lepas Makan Sebenarnya ..

Apa yang kita selalu buat selepas menikmati hidangan? Kita tidak sedar ada perkara atau rutin yang kita sering lakukan mungkin mendatangkan keburukan pada kesihatan tubuh badan jika terus dilakukan dalam jangka masa yang lama.

Ini dikongsikan antara rutin yang sering kita lakukan selepas makan 

Makan buah

Buah merupakan sumber vitamin dan serat yang penting untuk kesihatan tubuh. Namun pengambilan buah-buahan sejurus selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman. Sebaiknya, ambil buah sebelum makan makanan berat ataupun 30 minit selepas makan.

Berjalan-jalan

Sebelum ini kita sering mendengar sebaiknya kita perlu berjalan-jalan selepas makan bagi membantu penghadaman. Namun tahukah anda, berjalan sejurus setelah makan akan menyebabkan refluks asid, iaitu situasi di mana asid perut masuk ke saluran esofagus. Oleh itu, anda disarankan untuk tunggu

Merokok

Bagi perokok tegar, menghisap sebatang dua rokok adalah ‘rukun’ selepas makan tidak kiralah ketika hari-hari biasa ataupun bulan puasa. Namun tahukah anda, merokok sejurus selepas makan boleh menyebabkan pedih ulu hati?

Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan jangkitan bakteria akibat iritasi atau ulser pada dinding usus di samping mengakibatkan penyakit hati. Antara faktor risiko utama pelbagai kanser seperti kanser mulut, esofagus, perut, pankreas dan kanser usus, kanser utama penyebab kematian

 

 

 

Longgarkan tali pinggang

Akhir sekali, anda diingatkan agar tidak melonggarkan tali pinggang ketika makan. Jika anda rasa perut terlalu sendat hingga perlu melonggarkan tali pinggang, hal ini menandakan bahawa anda telah makan terlampau banyak.

Sumber: University of Rochester Medical CenterLifealth, DEMICMayo ClinicCornerstone Dentistry

SGMS Enal