Categories: LIFESTYLE

Proses Selepas Kematian Berlaku Apa Yang Perlu Buat

Antara persedian yang harus dibuat juga adalah ilmu mengenai pengurusan jenazah terutamanya apabila berlaku kematian dalam kalangan saudara terdekat. Ramai daripada kita terutamanya yang masih muda kurang ilmu ataupun langsung tidak tahu bagaimana mahu mengurus jenazah apabila kematian berlaku dalam kalangan ahli keluarga.

Tambah-tambah jika kematian tersebut berlaku pada waktu malam dan perlu menunggu hingga waktu cerah untuk melaksanakan pengebumian jenazah tersebut

Selepas Kematian Berlaku

1. Jangan Panik

Memang benar, menerima khabar kematian saudara terdekat bukanlah satu berita yang menggembirakan. Namun anda terutamanya yang paling tua harus bertenang dan mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah tersebut.

2. Hubungi Jawatankuasa Masjid

Jika anda mempunyai nombor ahli jawatankuasa masjid, maklumkan dengan segera mengenai kematian yang berlaku tersebut.

Ia amat penting untuk mengelakkan daripada mereka keluar melaksanakan urusan masing-masing hingga sukar untuk hadir dan menguruskan jenazah.

3. Hubungi Ahli Keluarga Terdekat

Maklumkan kepada saudara terdekat anda untuk hadir ke rumah anda untuk sama-sama menguruskan jenazah tersebut.

4. Urus Jenazah

Pastikan anda mempunyai sedikit ilmu menguruskan jenazah seperti cara untuk memejamkan mata, mengikat mulut dan melipat tangan jenazah supaya ia tidak menjadi kaku. Letak jenazah di tempat yang sesuai dan tutup jenazah dengan kain.

5. Rehat

Jika kematian berlaku pada waktu malam, wajarlah untuk anda berehat terlebih dahulu memandangkan urusan pengebumian jenazah di siang hari lebih memenatkan.

6. Dapatkan Pengesahan Kematian Dan Buat Laporan Polis

Anda perlu dapatkan pengesahan kematian daripada hospital sebelum membuat laporan mengenai kematian tersebut di balai polis. Pihak polis kemudian akan mengeluarkan Permit Pengebumian untuk membenarkan jenazah tersebut dikebumikan.

Sumber : KeluargaUstaz Saifudin & Kewangan Islam

SGMS Enal