Categories: Oh Lawa

Meghan Markle Memilih Solekan Yang Simple Tapi Kecantikan Semulajadinya Tetap Terserlah

Sesuai dengan jolokan “Fairy-Tale Wedding”, majlis perkahwinan diraja Putera Harry dan pilihan hatinya Meghan Markle adalah sebuah acara yang bukan saja meriah, malah romantis untuk mereka berdua.

Mereka nampak gementar tapi gembira kerana mereka akhirnya disatukan setelah bersama sejak hampir dua tahun lalu.

Foto: Getty Images

Menjadi perhatian tetamu-tetamu majlis itu ialah Meghan yang kelihatan ayu di dalam wedding dress Givenchy yang direka khas oleh Clare Waight Keller.

Bukan saja busananya yang nampak simple, tetapi gaya makeup yang menghiasi wajah pelakon Amerika itu juga nampak bersahaja.

Namun begitu, seri rupa Meghan tetap terserlah dan ditambahkan lagi dengan keriangan yang terpancar di wajahnya.

Pada mulanya, Meghan dilaporkan telah membuat keputusan untuk mengenakan makeupnya sendiri tanpa pertolongan mana-mana jurusolek.

Akhirnya dia menggunakan servis makeup artist Daniel Martin yang juga merupakan kawan lamanya untuk mencantikkannya pada hari bersejarah ini.

Foto: OLI SCARFF/AFP/Getty

Simple tapi menawan

Untuk solekannya, Meghan memilih rupa natural dan minimal tapi berseri dan elegant.

Sebelum ini, Meghan memang bangga denga freckles di mukanya dan gemar menonjolkan.  Pada hari bahagianya ini, dia tetap dengan pilihan itu.

Kulitnya nampak segar dan “glowing”, dan nampaknya Daniel hanya menyapu sedikit concealer di bawah matanya.

Mata serta bulu keningnya adalah fokus kepada gaya makeup Meghan. Daniel menggunakan eyeshadow kelabu serta mascara tebal untuk memberi ilusi teknik smoky eye, yang sememangnya gaya signature Meghan.

Kemudian Daniel mewarnakan bulu keningnya dengan brow liner berwarna coklat.

Pipinya pula diserikan dengan blusher berwarna peach manakala bibirnya disapu dengan warna pink satin terang. Perfect!

Memanglah dia berkahwin dengan anak raja dan ini adalah acara yang ditayangkan secara langsung di seluruh dunia.

Tapi daripada memilih gaya makeup yang over the top, Meghan tetap dengan gaya signaturenya yang simple tapi menawan. Tahniah!

Foto: Mark R. Milan/GC Images)

Sumber: Harper’s Bazaar

Ad Ops