TANDA SI DIA BUKAN UNTUKMU…

 

عن عبيد بن سعد قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أحب فطرتي فليستن بسنتي ومن سنتي النكاح . رواه أبو يعلى قال حسين سليم أسد : رجاله ثقات

Dari Ubaid bin Sa’ad, Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang menyukai fitrahku hedaknya ia bersunnah dengan sunnahku, dan termasuk sunnahku adalah menikah.” (HR. Abu Ya’la – Husain Salim Asad)

Beruntung saat kamu berjumpa dengan lelaki/wanita idaman yang menepati kriteria kamu selama ini. Bertahun menyulam kasih, sudah masanya kamu dan si dia memasuki fasa seterusnya iaitu alam perkahwinan.

Persiapan semua dah dilakukan…tiba-tiba, si dia pula beralih arah. Alahai, nak terbalik dunia mengenangkan bila semuanya dah sediaJodoh itu memang rahsia Allah, dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. Namun jika kita sudah berusaha sehabis baik namun pengakhirannya tetap kecewa, ketahuilah sudah tertulis dia bukan jodoh kamu…

Kami kongsikan beberapa tanda bahawa dia bukan jodoh terbaik untuk kamu;

  • Si dia mahu kamu berubah tapi hanya daripada pihak kamu sahaja.

Dia mahu kamu berubah menjadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu. Tapi bila masa si dia untuk berubah, tak mahu pula. Katanya sukar untuk berubah dan mahu jadi diri sendiri.

  • Tidak menyokong impian kamu

Misalnya kamu mengimpikan untuk menjadi penulis buku suatu hari nanti. Pasangan kamu tahu kamu handal dalam dunia penulisan tetapi tidak pernah menyokong impian kamu. Katanya, membuang masa dan ada baiknya kamu duduk di dapur sahaja. Think twice, ladies!

  • Tiada chemistry

Bercakap mengenai keserasian, hal ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Ada pasangan yang serasi di awal perkenalan namun bertukar ke arah bertentangan selepas beberapa tahun. Namun begitu, jika di awal perkenalan, cara pemikiran kamu berada di ‘zon barat’, si dia di ‘zon utara’, ketepikan hasratmu dear.

  • Tidak pernah berusaha menghalalkan perhubungan selepas lama berpacaran

Jejaka yang dilamun cinta tidak akan takut untuk memperkenalkan teman wanitanya kepada sahabat dan keluarganya. Selepas sahabat, keluarga adalah golongan yang kedua si dia akan membawa wanita yang mereka sukakan. Jadi, jika si dia tidak membawa kamu pulang ke rumah keluarganya dan berjumpa dengan ibu bapanya selepas beberapa tempoh lamanya, ia mungkin petanda dia bukan untukmu…

 

SGMS Faida