Categories: HiburanSelebriti

PANAS! PENGACARA INI KAHWINI PASANGAN SEJENIS

Selepas kontroversi melibatkan Datin Rebecca Nur Al Islam beberapa hari lepas menjadi viral, kami di xtra juga turut dikejutkan dengan berita melibatkan seorang pengacara yang dulunya sangat terkenal dan berbakat besar. 

Terbaru, pengacara program bual bicara 3R iaitu Rafidah Abdullah dikatakan telah berkahwin dengan kekasihnya. Namun apa yang lebih memeranjatkan ialah, kekasihnya itu merupakan pasangan sejenis! Mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Australia.

Program 3R yang turut dihoskan oleh Rafidah suatu ketika dulu

Menurut satu portal hiburan, pasangan pengacara itu yang juga dikenali sebagai @konigsegelfisch telah memuat naik satu gambar menerusi laman instagram beliau menunjukkan Rafidah dan dirinya saling mempamerkan cincin di tangan masing-masing beserta caption yang bertulis,

“We?… hells yeah, we are! Signing my death warrant/agreement to be enslave. No hashtag, no photoshoot, no special dress… just love. Lol. We did it. Many thanks, friends. You’ve been great!”

Antara aksi yang dirakam menunjukkan Rafidah dan pasangannya itu

Berikutan tersebarnya isu ini, ramai peminat program tersebut rata-rata menyatakan rasa kecewa mereka apabila pengacara yang dianggap berbakat besar ini mengambil keputusan diluar jangkaan mereka.

Salma Syahbuddin