Categories: LIFESTYLE

Teknik Asas Memandu Ketika Meredah Air Banjir

Memandu dalam hujan lebat yang berpanjangan agak membahayakan, terutama di daerah bandar yang berisiko mengalami  banjir kilat jika lebih daripada satu jam.  

Sebaiknya rancanglah perjalanan anda dengan betul dan sentiasa peka dengan keadaan jalan raya jika berlaku banjir.  Jika dalam pemanduan, cari kawasan untuk berhenti sementara menunggu keadaan reda. 

Kami bawakan tips redah banjir daripada perkongsian Panthera Tigris Jacksoni dibawah.

Berikut adalah teknik asas memandu meranduk air banjir.
1 – Gunakan gear rendah dan elakkan menukar gear ( kalau kete manual) waktu meranduk banjir..Kalau kete auto letak gear kat D3 untuk toyota dan untuk kereta lain rendahkan gear auto satu tahap dibawah D.. Pakai low gear auto kereta tak bertukar gear waktu meranduk air. Bila lepas meranduk air jangan lupa pulak nak letak kat D.. Karang tak pasal pasal pecah gear box jalan low gear dari Kuantan sampai ke Kemaman

2 – Kalau nak merasakan plet number depan tercabut sila bawak laju masa meranduk banjir.. Double sided tape yang ditampal pada plet number bukan dicipta untuk menahan tekanan air pada kelajuan lebih 20km sejam.

3 – Bila dah lepas meranduk air cuba tekan brek beberapa kali untuk memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.. Jangan bila lepas meranduk air terus pecut tak ingat dunia sebab marah menunggu lama tapi tak tahu bila sistem brek kereta berendam dalam air terdapat kemungkinan brake boleh jem dan tak boleh berenti pada kelajuan tinggi.. Moto pun sama, lepas randuk air mesti mau kasi test brake terutamanya brake depan..

SGMS Enal