Categories: LIFESTYLE

Tip Hilangkan ‘Kerak Kepala’ Pada Bayi

Terdapat banyak petua dan pantang larang yang berkenaan penjagaan bayi seperti larangan menyikat rambut mereka semasa belum tumbuh gigi supaya proses pertumbuhan gigi tidak terganggu.

Namun, menerusi perkongsian dari Puan Maryam Jamadi di laman facebooknya, menjelaskan tentang manfaat dan kebaikan menyikat rambut bayi.

Mari ikuti perkongsian bermanfaat ini.

                                                            – Gambar Hiasan

MENYIKAT RAMBUT BAYI ADALAH PENTING! 

Petua di gambar ini tak ada evidence-based dan terpulang kepada mak ayah untuk percaya atau tidak. Tetapi pendapat saya, menyikat/memberus rambut bayi sangat penting dalam perkembangan bayi dan sangat rugi jika mak ayah tak lakukan semasa anak bawah 8 bulan (sebelum bayi dah mula mencapai dan menolak)

Antara manfaat menyikat rambut bayi:

1. MERANGSANG DERIA SENTUHAN 

Merujuk kepada “Pyramid of Learning”, anak bawah 2 tahun belajar sesuatu melalui sensori dan deria sentuhan merupakan antara deria yang paling penting dalam perkembangan anak. Walaupun nampak remeh, tetapi rangsangan deria sentuhan amat penting dalam perkembangan bayi.

2. MENENANGKAN BAYI

Menyikat rambut memang akan menenangkan bayi sama juga perasaan semasa kita menggunting rambut. Selain menyikat rambut bayi, mak ayah juga boleh menyikat/memberus leher dan bahu bayi.

3. MEMBANTU PERTUMBUHAN RAMBUT

Apabila deria sentuhan di kepala dirangsang semasa rambut bayi disikat dan diurut, secara tak langsung akan meningkatkan pengedaran darah di bahagian kepala dan membantu dalam pertumbuhan rambut. Kalau nak anak rambut lebat, rajin-rajinlah mengurut menggunakan minyak serta menyikat/memberus rambut anak.

4. MENGELAKKAN MASALAH MENGGUNTING RAMBUT DI MASA AKAN DATANG

Bayi yang jarang disikat akan mengalami hipersensitif deria sentuhan di kepala menyebabkan masalah untuk menggunting, menyikat atau membersihkan (syampu) rambut di masa akan datang.

                                                              – Gambar Hiasan

5. MENGELAKKAN MASALAH “CRADLE CAP” (KERAK KEPALA)

Cuba perhatikan kulit kepala bayi, jika ada kerak yang berwarna putih kekuningan itulah “cradle cap” (kerak kepala). Jangan risau, ia normal bagi bayi yang baru lahir hingga 4 bulan ke bawah tetapi kalau tidak dibersihkan selalu akan menyebabkan bayi meragam akibat gatal kepala. Inilah salah satu punca bayi tak selesa dan menangis. Dengan menyikat dan memberus rambut, boleh mengelakkan masalah ini.

Kalau ada, jangan kopek-kopek ya sebab boleh menyebabkan luka. Lain orang lain cara, anak saya pun ada masalah ini dulu jadi cara yang saya guna:

  • Cari tempat yang mempunyai pencahayaan bagus. (Paling senang dekat tepi tingkap, buka langsir).
  • Lumur minyak bayi di kawasan kerak kepala (saya guna minyak kelapa dara sebab wangi dan natural), tunggu dalam 10 minit.
  • Urut kulit kepala bayi untuk longgarkan kerak kepala.
  • Guna berus rambut bayi yang halus. (Cari dekat kedai bayi atau supermarket besar) Jangan kasar sangat sebab kulit kepala bayi lembut. (Part ini mencabar sebab rasa geram nak bersihkan semua)
  • Untuk hilangkan terpulang kepada keadaan kerak kepala bayi, buat sikit-sikit tetapi berterusan sehingga hilang. Macam kes anak saya ambil masa 3 hari untuk bersihkan secara total.
  • Kalau tak hilang juga, dapatkan pemeriksaan doktor.
  • Kadang-kadang saya takut dengan petua-petua yang tak ada asas dan evidence-based. Contohnya petua di gambar ini, tak tahu apa kaitan sikat rambut dan gigi. Kalau ada yang tahu sila komen untuk kita sama-sama berdiskusi.

 

SGMS Enal