Categories: LIFESTYLE

Tontoni Variasi Dokumentari Menarik Di Saluran Al-Jazeera Bulan Mac Ini

Saluran televisyen Al-Jazeera tampil lebih menarik dengan variasi rancangan dokumentari hebat dan menarik pada bulan ini. Antara dokumentari menarik yang disajikan pada bulan ini adalah Battlefield Washington, Myanmar: Unholly Alliance, Head to Head dan slot WITNESS: The Husband School, False Confession dan The Belarus Dilemma.

Dokumentari Battlefield Washington mengupas isu dakwaan campur tangan dari pihak Rusia dalam kampen pilihanraya US pada tahun 2016 dan turut melibatkan dakwaan persepakatan sulit antara Presiden Donald Trump dan Negara Rusia. Dokumentari ini merungkai isu-isu kontroversi yang merancakkan sistem politik US dalam tempoh 2 tahun. Battlefield Washington akan mula bersiaran 28 Februari ini, jam 8.00 malam. 

Battlefield Washington

Dokumentari Myanmar: Unholly Alliance akan mula bersiaran pada 17 Mac, jam 8.00 malam. Rancangan ini  mengupas mengenai gologan radikal penganut Buddhist dan kumpulan tentera yang mengancam untuk menghapuskan kaum Muslim di negara Myanmar. Seramai lebih 700 000 penduduk Muslim Rohingya dipaksa untuk melarikan diri ke kejiranan Bangladesh. Isu ini diklasifikasikan oleh UN sebagai percubaan untuk menghapuskan golongan etnik.  

Slot Head to Head mengungkap sesi wawancara dan kupasan isu-isu semasa bersama penganalisis politik dan wartawan Mehdi Hassan. Antara kupasan isu-isu semasa melibatkan demokrasi politik negara Bangladesh, peperangan negara US di Afghanistan serta isu ekonomi global di China.  Slot ini akan mula bersiaran setiap hari Jumaat pada jam 10.00 malam

Head To Head

Slot WITNESS episod The Husband School mengungkap kisah Pidia Joseph menentang keganasan seksual yang berlaku di Sierra Leone, Afrika. Slot ini akan mula bersiaran pada 3 Mac bermula 10:30 malam. Episod False Confession pula akan disiarkan pada 13 Mac jam 8.00 malam dan episod The Belarus Dilemma pada 27 Mac jam 8.00 malam.

Jangan lupa saksikan dokumentari penuh dengan kupasan isu semasa hanya di saluran Al-Jazeera.

 

Ad Ops