Categories: HiburanSelebriti

Ibu Aliff Aziz Tampil Buat Kenyataan

Beberapa hari lepas, industri hiburan kecoh sekali lagi apabila pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz terlibat dalam kontroversi melibatkan rumah tangga beliau dan Oktovia Manrose.

Kali ini sebagai ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad tampil membuat kenyataan secara tidak langsung menerusi akaun facebook miliknya semalam dengan menulis

” Fikir fikir kan lah dan bermuhasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalalkan cara”

“Terlajak perahu boleh di tarik balik tapi terlajak kata sangat buruh padahnya. Bisikan syaitan sangat halus dihati dan minda manusia”

“Hanya iman yang dapat menyelamatkan kita”

 

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan kecurangan suaminya itu apabila memuat naik perbualan beliau bersama seorang wanita yang tidak kenali dengan mengatakan Aliff Aziz dan Oktovia kini berada di sebuah kelab malam di ibu kota. 

Apapun, sama-samalah kita tunggu penjelasan daripada semua pihak berhubung perkara ini okay!

Salma Syahbuddin