Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 27, 2025 @ 1:00pm

Lufya Omar Tarik Balik Tuntutan Nafkah Anak Terhadap Bekas Suami – “Dia Kata Tak Mampu & Sanggup Lawan Sampai Mati”

Pelakon, Lufya Omar memaklumkan bahawa dia menarik semula tuntutan nafkah anak, terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya atau nama penuhnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia berasa malu untuk terus ‘berperang’ mengenai isu nafkah memandangkan bekas suaminya itu didakwa tidak berkemampuan.

“Ya, saya menarik semula tuntutan itu kerana bagi saya, memalukan untuk bergaduh lagi. Peguam saya, Fakrul Azman Hasan sangat baik dan membantu.

“Tapi saya fikir secara rasional apabila dia kata tidak mampu dan sanggup ‘lawan sampai mati’. Tak apa… saya reda dan cukup bahagia ‘melepaskan’ awak daripada tanggungjawab itu,” tulisnya.

Tambah Lufya, dia percaya setiap pengorbanan dan kesusahannya membesarkan anak akan mendapat ganjaran sewajarnya di kemudian hari.

“Alhamdulillah… ada seseorang yang menanggung hutang besar kepada saya di akhirat nanti. Semoga ibumu masuk syurga dan Laana Haura membesar hasil perjuangan saya sendiri,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Lufya pernah membuat tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Lufya berkata, wang tersebut bertujuan sebagai simpanan anak permpuan mereka untuk memudahkan urusan menyambung pelajaran di peringkat universiti nanti.

Sekadar info, Lufya dan Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga November 2016 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Jun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Lanaa Haura.

Hafiz kemudian berkahwin dengan aktres, Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Artikel Berkaitan: “Saya Tuntut RM1 Juta Sebab…” – Lufya Omar Mahu Tebus Maruah & Masa Depan Anak

Artikel Berkaitan: Kena Warning Aib Suami Akan Disebarkan, Julia Farhana Tampil Mohon Maaf Pada Lufya Omar – “Saya Hanya Cakap Pasal…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Kisah Viral Thu, 2 Nov 2023
Featured Wed, 2 Jul 2025
Trending Mon, 7 Feb 2022

“Bila Tengok Orang Lain Buat, Saya Rasa…” – Perlahankan Rentak, Aliff Syukri Tak Mahu Lakukan Gimik Murahan

Usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, mula memperlahankan rentak di media sosial. Menurut penyanyi lagu Bobo di Mana ini, dia tidak mahu kembali melakukan gimik murahan untuk meraih perhatian netizen. “Kalau perasan, semenjak […]

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kreatif! Netizen Terhibur Amyra Rosli Kembangkan Saiz Kasut Anak

Boleh cuba lah ek kalau beli kasut terkecil size

Hiburan Fri, 22 Sep 2023
#LaguXTRA Thu, 16 Feb 2023
Trending Fri, 30 Jul 2021

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Kepada Semua Peminjam Dilanjutkan – AIM

Berkuatkuasa pada tarikh yang telah ditetapkan

error: Content is protected !!