Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 30, 2021 @ 3:08pm

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Kepada Semua Peminjam Dilanjutkan – AIM

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melanjutkan lagi tempoh pembayaran balik pinjaman kepada semua peminjam atau dikenali sebagai ‘Sahabat’, bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin memaklumkan, dengan penangguhan tersebut AIM kini telah memberi moratorium selama tiga bulan bermula dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa secara penuh iaitu pada 1 Jun lalu.

“Bagaimanapun, mereka yang ingin membuat pembayaran balik pinjaman, masih boleh berbuat demikian secara pembayaran tanpa tunai sepanjang tempoh moratorium ini.

“Pembayaran ini akan digunakan untuk pengurangan baki pinjaman atau pembayaran awal,” katanya.

Bukan itu sahaja,  selain moratorium semua Mesyuarat Pusat (MP) di seluruh negara juga ditangguhkan sehingga 31 Ogos.

Malah, Sahabat AIM dinasihatkan membuat permohonan untuk pengurangan baki pinjaman atau pembayaran awal pinjaman ini sebaik MP dibuka semula bagi setiap pembayaran yang dibuat di sepanjang tempoh moratorium.

“Sahabat yang mencarum untuk setengah tahun pertama 2021, akan kekal dilindungi dan akan menerima manfaat seperti biasa jika berlaku kecelakaan atau bencana sepanjang tempoh moratorium berkuat kuasa,” 

 

Sumber  :BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Dec 2024
Trending Sat, 28 Dec 2019

Gred Peperiksaan Di Korea, Markah 70 Dah Gagal?

Adakah ini diantara sebab kenapa mempunyai jumlah kes bunuh diri tertinggi di dunia?

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Fri, 8 Aug 2025
Trending Mon, 4 Jul 2022

[VIDEO] “Silap-Silap Ke Dalam Nanti” – Abby Abadi Pesan Pada Wanita Jangan Menggatal Dengan Suami Orang

Abby Abadi pesan kepada wanita diluar sana untuk tidak ganggu suami orang.

Trending Fri, 8 Apr 2022

Ini 5 Ciri Khas Istimewa Aplikasi Waktu Solat Malaysia Sempena Ramadan… Wajib Download Sekarang!

Kehadiran bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam saban tahun kerana dalam bulan ini mengandungi keberkatan. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, bersedekah, membaca al-Quran dan melakukan kebaikan kerana pada bulan Ramadan ini, ganjarannya […]

error: Content is protected !!