Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 11, 2024 @ 8:30pm

M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Cipta Magis, Emosi Penonton ‘Larut’ Dalam Alunan Muzik Orkestra Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

Alunan muzik dan susunan lagu-lagu yang indah disampaikan oleh barisan penyanyi berskala besar pada malam Konsert Amal Malaysian Philharmonik Orchestra (MPO): Resonance for a Reason pada Sabtu lalu berjaya menyentuh hati penonton yang hadir.

Bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), konsert amal di bawah pimpinan maestro, Ahmad Muriz Che Rose ini telah menampilkan barisan artis terkemuka seperti Datuk M Nasir, Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul dan Amir Jahari berjaya memukau peminat yang turut sama meraikan momen manis ini.

Konsert tersebut dimulakan dengan nyanyian daripada pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, Amir Jahari yang menyampaikan dua lagu berjudul Kenangan, dan Hasrat iaitu OST filem Imaginur dalam sisi berbeza sehingga membuai-buai emosi penonton dengan alunan muzik orkestra melengkapkan persembahan itu.

Cukup terkenal sebagai penyanyi ‘soul singer’, persembahan penyanyi bersuara lunak, Misha Omar telah membawa penggemar muziknya mengembara jauh, larut dalam emosi sekali gus memberi kenangan manis kepada peminat menerusi lagu-lagu hits meruntum jiwanya iaitu Cinta Adam dan Hawa, Sampai Bila dan Bunga Bunga Cinta yang disampaikan dengan penuh penjiwaan.

Seakan sudah dapat menanda kotak impian bergelar anak seni, penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul terharu apabila diberi peluang untuk berduet dengan legenda industri muzik, Datuk Sheila Majid menerusi lagu Jentayu dengan penuh keserasian dan harmoni itu, selain turut memukau penonton menyampaikan lagu Puas Sudah, Kamu dan medley.

Seluruh penonton di dewan berprestij ini mula memberi sorakan selepas sifu muzik Malaysia, Datuk M Nasir mencipta magis melontarkan vokal emasnya ketika menyampaikan lagu yang dekat di hati peminat dek bait-bait liriknya iaitu Suatu Masa, Bonda serta medley Hukum Karma dan Pawana.

Digelar sebagai ratu jazz, penampilan Datuk Sheila Majid di akhir konsert amal MPO yang membawa lagu Gemilang, Sinaran dan medley Bila Larut Malam serta Jelingan Manja ternyata menjadi titik terindah setiap peminat yang hadir di malam konsert amal itu.

Konsert ini juga menampilkan bakat Orkestra Filharmonik Belia Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra), produk hasil daripada komitmen dan dedikasi MPO menyokong pemuzik tempatan.

MPO bukan sahaja menampilkan ketinggian bakat pemuziknya tetapi lebih daripada itu. MPO mengambil tanggungjawab membentuk dan melatih bakat baru dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah bagi industri muzik di Malaysia melalui perkongsian ilmu dan kepakaran pemuziknya.

Kredit: Malaysian Philharmonic Orchestra’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Selepas Ashraf Muslim, Giliran Shamsul Ghau-Ghau Berangkat Tunai Haji

Menurut Syarifah Azrinah, suaminya dijangka pulang ke tanah air pada 1 September ini dan sebelum ini menunaikan umrah dua kali setahun.

Featured Mon, 12 Aug 2024

Muat Naik Foto Tayang Pakaian Dalam, Imran Bard Dikecam – “Makin Lama, Makin Mengarut!

Suka lagi tengok dia jadi orang kampung.. marah Mak Cik Bawang kan???

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Tahniah! Bella Dally Selamat Bertunang Dengan Mr. A

Wah, yang penting kena move on dan sentiasa positif macam Bella okay!

Trending Mon, 19 Feb 2018

LANGKAWI SKYCAB BEROPERASI SEMULA, 3000 PENGUNJUNG BERATUR BELI TIKET

Difahamkan, tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Featured Wed, 11 Sep 2024

“Insya-Allah Kami Akan Berkumpul Semula”- Patimah Ismail

Yakin dengan ketentuan Tuhan. Moga segalanya dimakbulkan buat Datuk dan Datin❤️

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Muka Sama, Kembar Ke?” – Ramai Netizen Anggap Nelissa Nizam & Kakak Kembar Seiras

Pasti ramai yang mengenali akan pelakon Nelissa Nizam yang sering menjadi bualan ramai oleh kerana rupa parasnya seakan-akan mirip pelakon Ayda Jebat. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh kakak Nelissa iaitu Nelissa Elyana […]

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Makin Kurus, Kenapa Dengan Datuk Vida?

Kata usahawan popular ini, antara sebab dia menjadi kurus kerana ‘makan hati’ tetapi bukanlah disebabkan putus cinta.

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Tak Mahu Bertindak Ikut Emosi, Mia Sara Ada Sebab Lambat Pertahankan Diri Konflik Dengan Puteri Balqis

Mia memberi bayangan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya namanya terus diburukkan.

error: Content is protected !!