Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 18, 2024 @ 3:39pm

Macam Qariah Indonesia! Bacaan Surah Al-Kahfi Aisha Retno Buat Ramai Terkejut

Penyanyi Aisha Retno tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mendengar alunan suaranya ketika mengaji.

Menerusi video yang tular di TikTok, Aisha tampil membacakan surah Al-Kahfi dalam sebuah program televisyen, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, para panel sempat memuji bacaan pelantun lagu Sutera itu yang dikatakan seperti Qariah di Indonesia.

Menurut Aisha, dia sudah belajar taranum sejak di sekolah menengah lagi.

”Dulu masa sekolah menengah saya suka belajar taranum dan masa bulan puasa saya suka khatamkan Al-Quran,” katanya.

Menerusi video yang berdurasi tujuh minit itu juga, Aisha sempat mengikuti bacaan taranum yang diiringi oleh salah seorang panel program tersebut, Ustazah Soufizah Mousin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji bacaan Aisha yang dikatakan sempurna tanpa sebarang kesalahan tajwid.

@lilysufy Yay boleh dengar Aisha Retno mengaji, bertarannum dan menyanyi sekali 🤭 Kalau Aisha boleh, anda pun boleh hehe. Jangan lupa join Geng Ngaji setiap hari pukul 6-7 petang ya.. Call kami atau tonton di Astro Oasis atau youtube Astro Gempak Geng Ngaji 😊❤️ #aisha #aisharetnosutera #sutera ♬ original sound – Lilysufy Shop

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Dec 2019
Featured Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Trending Sat, 27 Apr 2024

Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Terdahulu, nama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu pernah terkait dengan kekasih gelap penyanyi yang berasal di Singapura […]

Hiburan Thu, 21 May 2026

“Dia Silap Sebab Bonding Kami Terlalu Luar Biasa”- Syatilla Melvin Beri Amaran Buat Individu Didakwa Aniaya Syida

Syatilla turut menegaskan dia bersama adik-beradik lain akan terus mempertahankan Syida serta anak-anaknya.

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

error: Content is protected !!