Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 20, 2025 @ 11:31am

Madu Nora Ariffin Akhirnya Bongkar Perkara Sebenar, Nafi Jadi Punca Perceraian

Madu kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, iaitu Rose Aliza Sutrisno akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dan anaknya sebagai punca perceraian suaminya dengan isteri kedua.

Menjawab tuduhan itu menerusi hantaran di Facebook, Rose menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dalam keputusan tersebut.

Menurutnya, perceraian itu berlaku atas keputusan suaminya sendiri, bukan kerana desakan daripada dirinya atau anak mereka.

“Selama ini, saya memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib sesiapa dan menjaga maruah suami serta nama baik madu saya.

“Namun, apabila tersebar dakwaan bahawa saya dan anak memaksa suami menceraikan madu serta tulisan lama saya digunakan untuk memburukkan saya, maka saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar,” tulisnya.

Rose turut mendakwa Nora sengaja membangkitkan isu lama dengan memuat naik semula luahan hatinya yang kecewa dari 2019 yang terbawa-bawa dek emosi selepas mengetahui suaminya telah berkahwin secara senyap selama setahun tanpa pengetahuannya.

“Pada ketika itu terdapat seorang individu yang rapat dengan suami saya (individu itu kini sudah meninggal dunia), merayu agar suami menceraikan isteri kedua atas sebab tertentu.

“Suami akhirnya akur dengan permintaan individu itu dan melafazkan talak di hadapan madu dan anak-anaknya, termasuk arwah Alif.

“Lafaz itu juga dirakam atas permintaan individu itu. Kejadian berlaku pada 2019. Malangnya, video sepatutnya disimpan dimuat naik kembali pada 12 Ogos 2024,” katanya.

 

Rose turut menegaskan tiada sebarang panggilan telefon yang dibuat oleh dirinya atau sesiapa pun selepas solat Subuh bagi mendesak suaminya menceraikan isteri kedua, seperti yang diperkatakan di media sosial.

Malah, dia juga menolak tuduhan anaknya, Alia, terlibat dalam pemaksaan perceraian itu.

“Alia menyedari kesilapannya dan memohon maaf secara peribadi kepada madu pada September 2020.

“Namun, tulisan sudah lama dipadam dikitar semula oleh madu saya pada tahun ini dan dibiarkan menjadi bahan spekulasi, mencetuskan persepsi buruk seolah-olah anak saya seorang yang tidak beradab,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar papan tanda Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bersama kenyataan permohonan cerai yang dibuat bukan atas kerelaannya sendiri.

Dalam hantaran lain di Instagram, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu mendedahkan keputusan untuk bercerai dibuat bagi memenuhi permintaan isteri pertama suaminya serta desakan daripada anak mereka.

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Beri ‘Hint’ Bakal Fail Cerai? Mahu Tunai Hajat Isteri Pertama Bermonogami – “Saya Tahu Berdosa Tapi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Aug 2022

[VIDEO] Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu, Mizz Nina Akui Takut Tak Beri Didikan Terbaik Untuk Musa – “Kehidupan Saya Berubah, Tapi…”

Wanita kuat 🥰 Semoga Mizz Nina dan Musa sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa 🥰🥰

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

IKAT JAMIN RM12K, FARID KAMIL BEBAS!

Pelakon berusia 37 tahun ini telah dibebaskan selepas ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan sejak khamis lalu

Featured Sat, 3 Apr 2021

Dr Amalina Bakri Selamat Nikahi Alexander Charles Di London

Pakar bedah pelatih Dr Nur Amalina Che Bakri kini sah bergelar isteri kepada jejaka tampan, Charles Alexander di sebuah masjid di London. Menerusi perkongsian Instagram, Dr Amalina berkata mereka selamat diijabkabulkan pada 31 Mac lalu […]

Trending Mon, 24 Aug 2020
Featured Fri, 28 Nov 2025

“Another Daughter To Be Proud Of” – Ibu Amira Othman Luah Rasa Bangga, Kongsi Momen Manis Hari Konvokesyen Anak

Nora Arshad meluahkan rasa syukur serta berbangga di atas pencapaian anaknya

Featured Mon, 11 Oct 2021
error: Content is protected !!