Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 18, 2025 @ 5:38pm

Mahu Bantu Rakan Artis Berdepan Kesukaran Hidup, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Kongsi Kisah Sokong Fathia Latiff Bangkit Semula

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengakui usaha membantu rakan artis yang berdepan kesukaran hidup bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila tidak semua individu bersedia menerima bantuan yang dihulurkan.

Mengusahakan perniagaan Wawa Cosmetics, Aeril berkongsi sebelum ini mereka pernah tampil membantu pelakon Fathia Latiff dalam usaha membantunya kembali bangkit selepas melalui tempoh kehidupan yang mencabar.

Menurut Aeril, kisah yang dikongsikan Fathia cukup menyentuh perasaan, namun mereka memilih untuk tidak mendedahkan butiran lanjut demi menjaga privasi aktres tersebut.

“Sebenarnya ramai rakan artis yang saya cuba hulurkan bantuan, tetapi ada yang kurang selesa menerima pertolongan. Dalam kes Fathia, satu ketika dahulu dia memang dikenali ramai.

“Apabila kami buat sesi siaran langsung bersama dan dengar sendiri kisah hidupnya, memang terasa sedih. Cuma saya tak mahu kongsikan secara terperinci kerana itu cerita peribadi. Apa yang kami buat hanyalah beri peluang kerja kecil supaya dia dapat tambah pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Wawa menjelaskan Fathia sendiri menunjukkan keinginan untuk berubah dan bangkit, malah menjadikan mereka sebagai contoh kejayaan dalam dunia perniagaan.

Selain memberi nasihat, Wawa turut membuka ruang kepada aktres tersebut untuk mencuba jualan secara atas talian.

“Fathia memang ada minat berniaga dan dia nak berjaya. Saya cadangkan supaya cuba buat siaran langsung bersama kami dahulu dan lihat hasilnya. Alhamdulillah, sesi itu mendapat sambutan apabila kira-kira 8,000 penonton menyaksikannya secara langsung,” katanya.

Tambah Wawa, sokongan yang diterima daripada orang ramai jelas membuktikan masih ramai peminat yang ingin melihat Fathia kembali bangkit.

Sokongan tersebut diharap dapat menjadi pembakar semangat buat aktres itu untuk terus melangkah ke hadapan.

Pengalaman membantu Fathia, menurut Wawa, menjadi titik perubahan buat mereka berdua untuk terus membantu lebih ramai rakan artis yang berada dalam kesempitan hidup.

“Hari itu benar-benar memberi kesan kepada saya dan Aeril untuk terus membantu artis lain yang memerlukan. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenal pasti siapa yang boleh dibantu kerana kami sendiri datang daripada latar belakang yang sederhana,” jelasnya.

Sebelum ini, Wawa dan Fathia menarik perhatian netizen apabila tampil bersama dalam satu sesi siaran langsung susulan luahan emosi Fathia di akaun Threads miliknya. Dalam perkongsian tersebut, Fathia meluahkan perasaan rendah diri apabila merasakan penampilannya tidak lagi menarik.

Fathia turut mendedahkan keadaan emosinya yang tidak stabil selepas sekian lama tidak menerima tawaran lakonan, sekali gus meletakkan kehidupannya dalam fasa yang sukar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Jul 2021

Hazama, Akim, Black & Tomok Jadi Juri, Cari Pelapis Dunia Nyanyian

Industri muzik tanah air tidak pernah suram dengan kehadiran bakat baharu. Bukan sahaja dari segi lagu, tapi juga penyanyi itu memberikan warna dan nafas yang lebih segar. Menyedari hakikat itu, syarikat rakaman COF Music juga […]

Featured Thu, 7 Apr 2022

#SeoulSaranghae: Still Life BIGBANG Kekal Trending #1 Di Youtube

Setelah empat tahun, Still Life memang cukup rasa

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Tue, 9 Oct 2018

Dua Individu Dilaporkan Meninggal Dunia Keracunan Makan Laksa, Kes Kini Dalam Siasatan

Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak  menjalankan siasatan berhubung kes yang melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa.

Trending Sun, 31 Oct 2021

Kembali Untuk Musim Terbaharu, Jangan Lupa Saksikan Lagu Cinta Kita 3 Malam Ini!

Lagu Cinta Kita 2 telah mencatat rekod kadar tontonan yang tinggi dan trending ketika bersiaran pada era pandemik Covid-19 tahun lepas. Selepas program itu melabuhkan tirai, finalis-finalis juga mula mengorak langkah dalam industri hiburan tanah […]

error: Content is protected !!