Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 16, 2020 @ 7:12pm

Mahu cari hasil laut segar, murah? Ini lubuknya!

Makanan laut seperti udang, sotong dan ikan sentiasa diperlukan suri rumah demi menyediakan lauk-pauk untuk untuk hidangan seisi keluarga.

Sama ada dipanggang, rebus atau dimasak dengan pelbagai resipi, ketiga-tiga bahan basah itu sentiasa menjadi pilihan ramai berbanding ayam atau daging.

Ikan kerapu dan ikan merah enak dimasak masam manis – gambar hiasan. Foto: foursquare.com.

Disebabkan ketiga-tiganya adalah hasil laut yang begitu penting dan juga sumber protein dalam pemakanan seharian, tidak keterlaluan dikatakan ramai yang berharap mereka boleh membeli tangkapan yang segar untuk disimpan agar tahan lebih lama.

Di mana mahu diperoleh ikan segar yang masih hijau sisiknya dan sotong gemuk yang masih cerah kulitnya jika tidak di jeti perikanan atau kawasan penambang yang menjadi tempat bot tangkapan berlabuh.

Tentunya hari minggu adalah hari terbaik untuk ‘memburu’ tangkapan laut yang segar bugar pada harga berpatutan. Hijab & Heels kongsikan tiga lokasi ini untuk dituju sekiranya anda ingin mendapatkan bekalan produk laut yang segar dan memuaskan hati.

Pasar Nelayan Sg Yu, Kuala Selangor.
Pasar ini mungkin tidak sebesar pasar basah di Chow Kit atau pasar borong Selayang, namun yang pasti ia menawarkan hasil laut yang segar dan berbaloi untuk dibeli serta dijadikan bekalan lauk-pauk seisi keluarga.

Boleh dikatakan semua jenis ikan laut daripada kerisi, kembung, jenahak hinggalah hidupan bercengkerang seperti udang dan ketam ada di pasar ini. Paling menggembirakan ialah ikan yang disusun di atas meja kesemuanya segar.

Jeti Bagan Pasir menyediakan pemandangan menarik bagi yang berminat dengan suasana perkampungan nelayan – gambar hiasan. Foto: BERNAMA.

Bagan Pasir, Tanjung Karang
Waktu terbaik untuk mengunjungi pasar basah Bagan Pasir ini ialah di awal pagi kerana hasil laut baru sahaja dinaikkan oleh nelayan.

Jika bernasib baik, anda boleh terus berurusniaga dengan nelayan, malah memilih sendiri udang segar yang mahu dibeli, tetapi ada kalanya hasil tangkapan berkenaan sudah ditempah oleh pemborong yang kemudiannya menjual di pasar.

Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor.
Pasar basah Pasir Penambang ini juga antara pasar yang menjadi tumpuan penggemar hasil laut yang berhajat mendapatkan ikan segar, tidak mustahil rambang mata dibuatnya kerana semua yang ditawarkan di sini adalah tangkapan segar.

Hasil laut segar boleh diperoleh di pasar Pasir Penambang – gambar hiasan. Foto: flickr.com

Jika mahu membeli udang, masa terbaik untuk berkunjung ke pasar basah Pasir Penambang ialah selepas pukul 2 petang, namun waktu pagi juga tidak akan mengecewakan kerana banyak ikan bersaiz besar boleh diperoleh pada harga berpatutan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Feb 2022

Pemeriksaan Suhu Kini Tidak Diwajibkan Di Institusi Pendidikan Bawah KPM Bermula Esok

Tapi parents kena makesure anak-anak sihat sebelum pi sekolah okay! Batuk, selsema baik #stayathome.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Featured Mon, 27 Apr 2020

KKM tingkat keupayaan makmal bagi lakukan 22,000 ujian pengesanan COVID-19

Saringan perlu dilakukan sehingga vaksin ditemui

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Thu, 26 Apr 2018

Ditemubual Ellen DeGeneres, Henry Golding Rasa Macam Tak Percaya

Henry Golding saat menggambarkan pengalaman berharga ditemubual Ellen DeGeneres yang pastinya menjadi momen tidak akan dilupakan itu sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Featured Mon, 22 Nov 2021

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Pekerja ‘Offshore’ Yang Terkejut Dengan Kehadiran Ular Di Pelantar Minyak

Bekerja di pelantar minyak mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh membawa maut. Malah, keadaan di pelantar minyak itu sendiri terdedah kepada bahaya yang perlu dihadapi oleh pekerja pelantar setiap hari. […]

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Featured Sun, 17 Oct 2021

Didakwa Memiliki Tatu Dibahagian Dada, Baby Shima Dikecam Netizen

Pernah dikaitkan dengan isu berpakaian seksi, kini penyanyi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman netizen kerana didakwa bertatu. Ia adalah selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik videonya […]

error: Content is protected !!