Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 22, 2021 @ 1:49pm

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Pekerja ‘Offshore’ Yang Terkejut Dengan Kehadiran Ular Di Pelantar Minyak

Bekerja di pelantar minyak mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh membawa maut.

Malah, keadaan di pelantar minyak itu sendiri terdedah kepada bahaya yang perlu dihadapi oleh pekerja pelantar setiap hari.

Perkara sama berlaku kepada seorang pekerja pelantar minyak apabila kelihatan terkejut dengan kehadiran dua ekor ular di tempat itu.

@syahmiaiman4660

kejut member😂

♬ bunyi asal – Syahmi Aiman – Syahmi Aiman

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @syahmiaiman4660, berkongsi mengenai seorang pekerja pelantar yang menjerit dan terkejut apabila ternampak dua ekor ular yang dipercayai spesies ular laut berbisa.

Video itu menunjukkan beberapa pekerja pelantar sedang menaiki tangga namun terhenti apabila salah seorang daripada mereka terkejut dan pantas mengundur ke belakang.

Bagaimanapun, pekerja pelantar yang lain hanya kelihatan tenang seolah-olah tidak takut dengan ular laut berbisa yang dikenali sebagai Krait Laut Banded.

Ular laut itu dipercayai memanjat tiang yang lebih kecil untuk merayap ke atas.

“Asal tengok berulang kali je mesti gelak” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan pekerja pelantar tersebut, malah ramai antara mereka yang menonton video itu berulang kali masih berasa kelakar.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 3.7 juta tontonan dan 101,900 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Selesai Merisik, Qi Razali Cari Tarikh Sesuai Bertunang

Qi juga akui dia cukup teruja untuk ke langkah seterusnya memandangkan dia bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri.

Trending Sun, 4 Sep 2022
Featured Mon, 29 Jul 2024

Bekas Isteri Pertama Kongsi Video Kemas Baju Datuk Red, Netizen Komen – “Dia Yang Minta Cerai, Tapi Acah Tersakiti”

Amboi netizen pun, benda tu semua kan kenangan… apatah lagi usia perkahwinan dah cecah 19 tahun. Lama tu🥺

Featured Tue, 7 May 2024
Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Status Kewarganegaraan Isteri Belum Sah, Syaiful Zero Belum Ada Rezeki Menetap Di Kuala Lumpur

Selesaikan apa yang patut dahulu… nanti dah siap semua, barulah pindah ke ibu kota.

error: Content is protected !!